Ramai yang inginkan gigi yang cantik dan putih berseri namun gigi boleh menguning disebabkan pengambilan kafein. Kini anda tidak perlu untuk ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan gigi yang mahal. Anda cuma memerlukan bahan ini untuk mendapatkan gigi yang putih berseri sambil menikmati secawa kopi kegemaran anda.
Gambar: INGimage
Jelita kongsikan tip untuk putihkan gigi secara semulajadi.
Serbuk Kunyit
Campurkan satu sudu serbuk kunyit dengan satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa titis minyak pudina sebagai pilihan. Sapukan bahan camouran tadi pada gigi anda dan gosok gigi anda seperti biasa. Bahan ini bukan sahaja membantu mencegah daripada kerosakan malah dapat memutihkan gigi dan menjadikan nafas anda berbau segar.
Strawberi Dan Garam Laut
-Potong dua atau tiga buah strawberi segar dan hancurkan dengan menggunakan sgarfu. Campurkan hancuran strawberi tadi dengan dua sudu kecil garam laut dan letakkan campuran ini ke berus gigi. Gosok perlahan-lahan selama dua minit dan bilas mulut seperti biasa. Lakukan dua kali dalam sebulan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Minyak Kelapa Dara
Sapukan minyak kelapa dara ke gigi dengan menggunakan jari sebelum anda menggosok gigi anda. Biarkan minyak kelapa dara itu meresap selama 10 ke 15 minit dan kemudian berus gigi anda dengan ubat gigi seperti biasa. Bilas dan kumur dengan air sejuk. Amalkan minyak ini dua ke tiga kali seminggu.
Kulit Pisang
Kulit pisang mengandungi agen yang menanggalkan plak gigi dan sisa makanan dengan selamat. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada gigi anda dan biarkan selama lima minit. Kemudian gosok gigi anda seperti biasa dan amalkannya setiap hari.
Gel Aloe Vera
Tip ini biasanya diamalkan oleh bintang Hollywood. Gel aloe vera boleh didapati dari pokoknya ataupun anda boleh juga menggunakan gel yang terdapat di pasaran. Sapukan gel pada gigi setiap kali selepas menggosok gigi. Bilas dan kumur dengan air seperti biasa. Selepas dua minggu, anda akan dapat lihat hasilnya yang menakjubkan.
Sumber: Cosmopolitan.my
The post Tip Putihkan Gigi Secara Semulajadi appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment