Tip Menjaga Anak Apabila Tiada Air

Air tiada dan anak anda membuang air besar. Pasti anda mula risau kerana sukar untuk membersihkannya. Ini baru dikira masalah kecil. Bagaimana pula jika badannya kotor dan perlu mandi? Inilah antara beban yang terpaksa ditanggung ibu apabila bekalan air terputus.

Kebersihan dan sanitasi penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak anda dan bagi mencapai tujuan itu, bekalan air bersih amat diperlukan. Memasak dan membasuh bukan sahaja susah malah mustahil mencuci bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa air bersih. Anda juga tidak dapat membasuh pakaian atau mandikan bayi dengan sempurna.

  1. Jika anda sering menggunakan lampin kain, tukar kepada lmpain pakai buang sehingga bekalan air disambung semula. Anda juga akan dapati tisu lembap bayi bukan sahaja berguna untuk membersihkan punggung mereka, tetapi juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dan tumpahan kecil.
  2. Mandian juga boleh dikurangkan walaupun bayi berpeluh dan melekit. Bayi yang belum mula merangkak boleh dilap sahaja dan ini cuma memerlukan sedikit air botol. Anak yang sudah bertatih dan kanak-kanak lebih besar juga hanya perlu membersihkan muka, kaki, tangan dan kemaluan mereka dengan sedikit sabun dan air sahaja.
  3. Sekiranya pakaian kotor menimbun, hantarkannya ke kedai dobi yang ada bekalan air.
  4. Rendahkan standard anda. Sapu sahaja, tidak perlu mengelap lantai.
  5. Anda juga boleh mengumpul dan gunakan air hujan untuk membersihkan longkang, tandas dan menyiram pokok bunga, tetapi pastikan baldi ditutup sepanjang masa apabila tidak digunakan. Bayi boleh mati lemas tanpa anda sedari.
  6. Sentiasa mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual lori air melalui media massa.
  7. Orang dewasa boleh makan makanan yang dibungkus dari gerai makanan. Tiada orang yang akan mengadili anda ketika tiada bekalan air.
  8. Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, orang dewasa perlu minum satu liter air kosong setiap hari. Air itu harus datang daripada makanan, sup, sayur-sayuran dan buah-buahan. Bergantung kepada bilangan orang yang ada di rumah, belilah air yang cukup bagi setiap orang untuk bertahan sekurang-kurangnya sehari, termasuk bayi dan kanak-kanak lain kerana anda juga memerlukan air itu untuk membancuh susu formula atau menyediakan makanan bayi.
  9. Beli makanan bayi sedia dimakan yang bersesuaian dengan usia bayi. Ini akan menyelamatkan anda daripada terpaksa menyediakan atau memasak makanan bayi sewaktu bekalan air terputus. Ingat untuk sentiasa menyemak tarikh luput, berikan kepada bayi anda sebelum tarikh luputnya. Kemudian beli yang baru untuk simpanan.
  10. Simpan stok perkakas pakai buang plastik atau kertas seperti kutleri, mangkuk dan pinggan serta penyedut minuman untuk anak berumur setahun lebih dan ke atas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Tip Menjaga Anak Apabila Tiada Air appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment