Tip Mengatasi Masalah Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah penyakit kulit yang sering menimbulkan kegatalan tidak terkawal, radang tompok merah pada kulit kering dan boleh menyebabkan kerengsaan serta kesakitan terutama kepada kanak-kanak. Walaupun tidak dapat dipulihkan, ekzema mampu dirawat dan diuruskan dengan penjagaan yang betul.

Sekurang-kurangnya 30 peratus kanak-kanak menghidap asma juga mengalami ekzema. Disebabkan kekerapan yang tinggi bagi ekzema, setiap kanak- kanak yang menghidap asma biasanya diperiksa doktor untuk mencari sebarang tanda dan gejala ekzema. Bagaimanapun, mereka tidak perlu menjalani ujian alahan. Terdapat beberapa langkah mudah yang ‘perlu’ dan ‘jangan’ dilakukan bagi mengatasi masalah ekzema iaitu:

Ya:

  • Pakai pakaian longgar. Pilih kain kapas yang mudah ‘bernafas’ dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit rosak.
  • Gunakan produk mandian yang diuji secara dermatologi.
  • Selepas mandi, keringkan badan secara lembut dengan tuala; jangan gosok.
  • Lembapkan kulit anak anda sejurus selepas mandi untuk membantu mengekalkan kelembapan tubuh.
  • Pantau anak anda bagi mengesan sebarang reaksi alahan dan berjaga-jaga dengan sumber yang boleh menyebabkan sumber reaksi itu.
  • Pastikan kulit badan si kecil sentiasa dalam keadaan lembap sepanjang hari.

Tidak:

  • Jangan guna bedak talkum yang boleh menyebabkan kulit anak anda kering, sekali gus menambah masalah dan juga menyebabkan asma jika dia terhidu bedak.
  • Jangan guna krim mandian berbau wangi, produk kulit seperti pelembap, sabun serta mengandungi alkohol kerana kandungan kimia yang digunakan mungkin merengsakan kulit. Produk mahal tidak semestinya lebih baik.
  • Elakkan menggaru sebanyak mungkin untuk kelegaan, sapu pelembap atau usap lembut pada kawasan yang gatal.
  • Elakkan panas, berpeluh boleh memburukkan keadaan kulit mereka.
  • Elakkan penggunaan pendingin hawa berterusan, udara kering berlebihan boleh merengsa kulit si kecil.

The post Tip Mengatasi Masalah Ekzema appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment