Tip Fesyen Pada Saat Akhir

Jadual harian yang padat kadangkala memaksa kita untuk bersederhana dalam berpakaian. Pendek kata, memakai apa sahaja yang nampak santai dan selesa. Maklumlah, kalau sibuk sepanjang hari memerlukan pakaian yang selesa agar tidak mengganggu waktu siang anda.

Namun, bagaiman pula tiba-tiba anda mendapat jemputan untuk menghadiri majlis hari jadi atau parti koktel pada saat akhir? Jika dilihat masa acara pula bakal berlansung  dalam beberapa jam. Untuk pulang ke rumah dan bersiap sudah tentu memerlukan masa yang agak lama ditambah pula dengan kesesakkan lalu lintas. Jadi disini, Jelita memberi anda beberapa tip dan panduan menarik untuk anda yang sering mengalami situasi seperti ini.

Kereta gerobok kedua anda

Kereta jadi almari anda? Biar betul? Maksud di sini bukanlah meletakkan kesemua pakaian serta kelengkapan diri anda dalam kereta. Cukuplah sekadar helaian utama seperti kemeja putih, kasut tinggi, blazer dan cermin mata. Tas tangan bersifat ringan dan mudah dibawa jangan dilupakan. Jadi, sediakan kesemua kelengkapan tersebut di dalam sebuah kotak atau beg khas dan diletakkan di dalam bonet kereta anda. Jika diperlukan, cukup sekadar menampbah seri gaya anda di dalam kereta. Mudahkan?

Image result for compartment clothsImage result for clothes

Image result for kasut dalam bonet kereta

‘Ubah suai’ gaya yang sedia ada.

Image result for fashion last minuteRelated image

Jika anda benar-benar tiada helaian tambahan bersama anda, jangan risau kerana helaian yang anda pakai mungkin boleh di ‘ubah suai’ mengikut kreativiti anda. Kadangkala penampilan saat akhir lebih memberikan efek menawan berbanding yang berhias berjam-jam lamanya. Cuma memerlukan sedikit keberanian dalam bergaya dan paling penting, kreatif!

Fesyen tidak semestinya bergaya dengan busana mahal atau memerlukan helaian atas helaian untuk tampak sempurna. Apa yang penting disini, anda perlu mahir dalam teknik ‘ubai suai’ penggayaan kerana dengna sentuhan yang hebat, penampilan anda mungkin sekadar santai dan paling mengejutkan ianya tidaklah menelan belanja yang banyak berbanding yang sanggup berhabis duit untuk tampak fesyen.

 

 

 

 

 

The post Tip Fesyen Pada Saat Akhir appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment