Impian Ratu Sehari, mahu tampil cantik sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki.
Berikut ialah antara senarai semak yang anda harus mulakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menjelangnya hari bahagia anda.
- Setiap hujung minggu, pastikan anda pupur wajah dengan skrub. Pupur wajah dengan bahan semulajadi agar wajah tidak menjadi kemerah-merahan. Jika anda konsisten, anda akan dapat lihat kesannya menjelang hari bahagia anda nanti.
- Minum air putih secukupnya. Pengambilan air putih yang secukupnya akan membuang sisa toksin di dalam badan yang menjadi punca kulit tidak bersih dan cepat ditumbuhi jerawat. Jadi, rajinkan diri untuk memastikan minum air putih yang secukupnya.
- Mulakan dengan rutin penjagaan wajah yang lengkap. Disiplin dengan tiga langkah utama, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Jika rangkaian penjagaan wajah yang anda gunakan sekarang tidak sesuai, mulakan mencari rangkaian produk yang bersifat lebih natural dan lembut.
- Sudah tiba masanya untuk anda menggunakan krim tabir suria. Ini untuk mengelakkan kulit anda menjadi lebih rosak dan kusam. Kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat.
- Tetapkan temujanji untuk melakukan perawatan gigi. Gigi yang tersusun rapi putih bersih adalah kunci senyuman menawan. Pastinya, hari bahagia anda nanti, anda akan senyum kepada para tetamu sepanjang masa.
- Kurangkan mengenakan solekan yang terlalu tebal setiap hari. Solekan yang tebal akan menyumbatkan liang pori pada wajah. Biarkan wajah anda bebas bernafas agar kelak tidak diserang dengan cela yang tidak diingini.
The post Tip Cantik Buat Bakal Ratu Sehari appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment