Tanda Isteri Meroyan Yang Suami Perlu Tahu

Meroyan adalah salah satu penyakit mental yang biasanya dialami oleh perempuan yang baru lepas bersalin. Penyakit meroyan ini boleh juga dikaitkan dengan hilang pertimbangan atau gangguan mental. Baru-baru seorang bayi perempuan berusia dua bulan telah dijumpai maut dikelar oleh ibunya sendiri. Penyakit meroyan ini tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh melibatkan nyawa anak dan si ibu.
 

Gambar: INGimage


 
Suami juga perlu peka dan ambil tahu tentang penyakit meroyan, tanda-tanda meroyan agar dapat mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku pada keluarga. Keprihatinan suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling dekat dengan isteri. oleh itu, suami perlu tahu tanda-tanda gila meroyan.
 
Jelita senaraikan tanda-tanda isteri gila meroyan yang perlu suami tahu.
 
Tanda-Tanda Meroyan
  1. Gangguan tidur
  2. Keresahan
  3. Sensitif
  4. Rendah Diri
  5. Kurang Selera Makan
  6. Selalu Bersedih
  7. Sikap isteri berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia realiti akan hilang. Biasanya isteri akan bersikap luar biasa seperti berada di dalam halusinasi dan delusi. Sebagai contoh, melihat lembaga yang menakutkan dan mendengar suara yang menyuruhnya melakukan sesuatu.

 
Apa Yang Suami Perlu Lakukan

  • Sokongan Emosi

Sokongan daripada suami adalah sangat penting dan ia juga dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat juga amat penting. Suami perlu bawa isteri untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya penyakit isteri bertambah parah.

  • Sesi Kaunselling

Selain itu, suami perlu mengambil inisiatif untuk melakukan sesi kaunselling hubungan suami isteri kerana wanita yang mempunyai penyakit ini dikatakan amat membenci hubungan seksual. Kaunselling perlu dilakukan dengan kadar segera demi menyelamatkan rumah tangga.

  • Membuat Persediaan Untuk Melahirkan Anak

Jangan ingat isteri sebagai mesin membuat anak. Pastikaa anda dan isteri anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Tanya kepada isteri sama ada dia bersedia untuk mendapat anak atau menambah anak. Dapatkan nasihat doktor untuk persediaan menghadapi kelahiran. Pastikan anda mendapatkan ilmu yang mencukupi tentang sebelum dan selepas kelahiran. Jikalau anda dan pasangan anda tidak yakin, pergilah berjuma kaunselor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

  • Memperbaiki Hubungan Isteri Dengan Keluarga

Kadang-kala hubungan isteri dan ibu anda mungkin tidak berapa baik. Pastikan anda sentiasa bertanya kepada isteri sekiranya dia ada mempunyai masalah dengan ibu mentuanya atau ibunya. Sebagai seorang suami, anda perlu cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi isteri anda bersama keluarganya atau kelaurga anda. Cuba lakukan perbincangan antara isteri dan keluarga.

  • Ambil Berat Soal Sakit Bersalin

Melahirkan anak bukan senang. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan. Hanya Tuhan yang mengetahuinya. Sentiasa ambil berat pada sakit isteri. Jangan sesekali menganggap isteri sudah biasa dengan sakit bersalin. Isteri sudah berjuang untuk melahirkan zuriat anda jadi anda perlu sentiasa prihatin dan ambil berat akan keadaan isteri. Anda juga perlu mmeperbaiki hubungan bersama isteri anda sekiranya anda dengan isteri anda mempunyai masalah.

  • Menjaga Anak Bersama

Jangan pula lepas tangan dalam bab menjaga anak. Sekiranya ini bukan anak sulung, anda sebagai suami perlu membantu isteri menjaga anak-anak yang lain agar isteri tidak berasa tertekan. Suami perlu berkongsi tanggungjawab menjaga anak bersama isteri terutama sekali ketika isteri masih dalam berpantang. Berikan masa untuk isteri berehat dan memulihkan badannya. Jangan tahu buat anak sahaja, jaga tak nak.

  • Peka Dengan Keadaan Isteri

Sentiasa peka dengan keadaan isteri. Sentiasa pantau perubahan isteri anda dan sering bertanya tentang keadaannya. Berikan kasih sayang pada isteri anda dan sentiasa mengucapkan kata-kata romantis buatnya. Sekiranya anda perasan perbuahan berlaku pada isteri anda, cepat-cepat dapatkan bantuan dari keluarga dan cuba untuk berbincang dengan isteri anda. Berikan perhatian penuh pada isteri anda. Minta tolong keluarga untuk menjaga anak anda.
 
Faktor Yang Menyebabkan Meroyan

  • Antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini ialah:-
  • Faktor enetik atau baka
  • Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak
  • Tekanan emosi ketika dalam pantang
  • Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

 

 

The post Tanda Isteri Meroyan Yang Suami Perlu Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment