Sambutan Tahun Baru Cina Dalam Air Di Aquaria KLCC

Meriahkan tahun ayam ini di bawah air bersama Aquaria KLCC. Aquaria KLCC membawakan An Under-sea Opera yang menampilkan Teater Opera Cina dan acara signatur Aquaria, Underwater Lion Dance dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dan menghiburkan bermula 25 Januari sehingga 15 Februari 2017.
 

 
Pelawat yang berkunjung ke Aquaria KLCC akan dihiburkan dengan persembahan dalam air sebagai tambahan kepada sesi makan kepada hidupan marin. Aquaria turut mengadakan bengkel Tahun Baru Cina untuk pengunjung muda. Sesuai dengan musim perayaan ini, tenaga pengajar Aquaria KLCC akan mendedahkan kepada tetamu kepada haiwan akuatik yang memberikan simbol kemakmuran dalam budaya Cina. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk melatih ikan emas (ya! ikan emas boleh dilatih) dan juga memperlajari keindahan ikan Koi.
 
Para penghibur Aquaria KLCC dapat dilihat di seluruh akuarium, lengkap berpakaian tradisional mereka dan anda juga boleh melihat God of Prosperity memberi makan pada hidupan marin apabila mereka berkunjung ke Aquaria KLCC. Jika anda melihat God of Prosperity berkeliaran di sekitar kawasan akuarium, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersamanya dan kongsikan di Facebook dan berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif dari Aquaria KLCC!
 
Sekiranya anda mengujungi Aquaria pada hujung minggu dan cuti awam sepanjang tempoh ini, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan tradisi, Underwater Lion Dance untuk membawa tuah kepada semua pada tahun yang akan datang.
 
Untuk memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina ini, Aquaria akan menawarkan potongan harga sebanyak 18% kepada anda yang membeli tiga atau lebih tiket masuk dari 25 Januari hingga 15 Februari 2017. Selain itu, Aquaria turut mengadakan  pertandingan Facebook, di mana anda perlu menjawab teka-teki Tahun Baru Cina di Facebook dan berpeluang untuk memenangi  pengalaman Cage Rage untuk dua orang. Cara yang menarik untuk memulakan tahun baru dengan merasai pengalaman berenang bersama jerung!

The post Sambutan Tahun Baru Cina Dalam Air Di Aquaria KLCC appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment