Pada mulanya, anugerah Filem Terbaik (Best Picture) ini dianugerahkan kepada filem La La Land namun ternyata ia satu kesalahan apabila anugerah itu sepatutnya menjadi milik filem Moonlight.
Gambar: USA Today Network
Penyampai anugerah, Faye Dunaway dan Warren Beatty telah mengumumkan filem La La Land sebagai pemenang anugerah Filem Terbaik dan pelakon serta mereka yang terlibat dengan filem ini terus berlari ke atas pentas untuk menyambut kejayaan yang tidak disangkakan itu namun sambutan gembira itu berakhir dengan cepat apabila salah satu crew filem La La Land menegaskan bahawa filem Moonlight sebenarnya yang telah memenangi anugerah itu.
Beatty kemudian menjelaskan salah faham yang telah berlaku. Ketika dia membuka sampul dan membaca kad yang tertera “Emma Stone dan La La Land”. Dia sendiri terkejut dan keliru dengan apa yang tertulis di atas kad tersebut.
Pengarah filem Moonlight, Barry Jenkins turut terkejut dengan apa yang telah berlaku.
“Very clearly, even in my dreams this could not be true. But to hell with dreams, I’m done with it, cause this is true. Oh my goodness.”
Bagi La La Land, walaupun filem ini tidak memenangi anugerah Filem Terbaik tetapi filem ini telah merangkul banyak anugerah untuk kategori yang lain antaranya, bintang utama filem ini, Emma Stone telah berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Gambar: Sumber Google
The post Salah Umum Pemenang, Moonlight Menang Filem Terbaik Oscar 2017 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment