Portal Beli-Belah Atas Talian Roopawan Sasar Pasaran Global Muslim

Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.cpm) mula diperkenalkan dan ia menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. Sehingga kini, lebih daripada 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.
 

 
Roopawan telah diperkenalkan kepada umum pada Ogos 2016 semasa Konvesyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Sehingga kini, portal ini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman denan 15,000 bilangan pelawat unik.
 
Roopawan menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan. Ia juga turut menyenaraikan pelbagai variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halan, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang)
 
Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di portal ini termasuk Al-Emira, Annise & Babes ( milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan juga jenama Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti. Manakala jenama antarabangsa termasuk, Twaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Auztralia) serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.
 

 
Roopawan juga turut menyokong perkembangan perniagaan baharu yang berkecimpung dalam perniagaan atas talian. Persediaan platform mudah dan ringkas, kos penghantaran kompetitif dan transaksi atas talian yang dipercayai menerusi kerjasama pembekal pembayaran atas talian selain strategi pemasaran internet yang berkesan untuk memastukan capaian meluas untuk pasaran produk Roopawan.
 
Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopaan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.

The post Portal Beli-Belah Atas Talian Roopawan Sasar Pasaran Global Muslim appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment