Pilih Busana Pengantin Impian Anda Melalui Program Realiti

Perhatian buat semua bakal pengantin, saluran TLC kini memperkenalkan program realiti terbaru di Asia. Uji bakat untuk program realiti  Say Yes To The Dress Asia akan diadakan dalam talian bermula 13 Februari 2017 hingga 7 Mac 2017 dan akan tamat pada jam 11:59 malam.
 

 
Rancangan yang diterbitkan oleh Endermol Shine Asia ini menampilkan situasi dan emosi yang sering dialami oleh bakal pengantin sepanjang perjalanan mereka untuk mencari busana pengantin yang ideal yang dibantu oleh pakar dan perunding perkahwinan yang terpilih. Kawasan Lembah Klang, Malaysia telah dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk siri ini. Siri ini juga akan mengetengahkan pelbagai budaya yang unik di Asia Tenggara dan juga turut menampilkan kisah suka dan duka dalam memilih busana pengantin yang menjadi impian setiap pengantin perempuan.
 
Anda berminat untuk menyertai rancangan ini? TLC kini sedang mencari bakal pengantin yang berumur 21 tahun ke atas dengan personaliti yang dinamik dan yang ingin berkahwin di Malaysia pada tahun 2017! Apa yang perlu anda lakukan adalah isi borang permohonan dalam talian di laman web rasmi TLC. dan memuat naik video (100 MB maksimum) sendiri atau dengan rombongan anda dan beritahu kenapa anda perlu berada di dalam rancangan ini!
 
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi tlcasia.comWill you say yes to the dress?
 

The post Pilih Busana Pengantin Impian Anda Melalui Program Realiti appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment