Pasti rasa tidak sabar dan berdebar untuk melangkah ke gerbang perkahwinan bukan. Tidak lama sahaja lagi anda bakal menjadi pasangan suami isteri yang sah. Inilah masanya anda melengkapkan pelbagai keperluan untuk majlis bersejarah nanti. Pastikan semua persiapan berjalan lancar jangan biarkan tekanan menguasai diri. Anda harus bertenang dan bersabar jika berhadapan dengan masalah.
Lima Minggu
- Buat janji temu dengan pengapit. Anda harus membawa mereka mencuba pakaian yang bakal digayakan nanti. Selain itu jangan lupa ambil pakaian yang ditempah untuk ahli keluarga.
- Pastikan dulang hantaran sudah siap digubah. Tetapi jika anda menggunakan bunga segar, seeloknya disiapkan dua hari atau sehari sebelum majlis.
Empat Minggu
- Mula pos kad jemputan dan semak kehadiran.
- Pastikan semula tempahan hotel, dewan, katering, bunga, solekan dan jurugambar sudah dibuat dan bayar wang pendahuluan jika perlu.
- Mengambil cincin perkahwinan yang ditempah. Jika tidak, jangan lupa anda harus membelinya.
- Pastikan jumlah cenderahati dan bunga telur mencukupi untuk tetamu.
Tiga Minggu
- Kemas bilik pengantin dan pastikan semuanya sudah rapi.
- Pastikan tempat penginapan saudara sudah tersedia.
- Berbincang dengan juruaudio, lagu yang akan dimainkan nanti.
Dua Minggu
- Tentukan jumlah tetamu yang akan hadir dengan membuat anggaran kasar.
- Jika majlis formal, pastikan susun atur majlis, lagu iringan, ucapan dan skrip pengacara majlis tersedia serta betul.
- Buat janji temu dengan pereka busana untuk cubaan terakhir sebelum mengambil pakaian.
- Jalani rawatan wajah yang terakhir.
Seminggu
- Semakan terakhir dengan dewan berkaitan susun atur dan bilangan.
- Jangan lupa beli bunga segar untuk gubahan hantaran dan bunga rampai.
- Hias bilik pengantin.
- Ukiran inai elok dibuat sehari sebelum majlis akad nikah.
- Jaga pemakanan dan kesihatan. Anda tidak mahu jatuh sakit pada hari bersejarah bukan?
- Buat persiapan terakhir untuk meyambut saudara mara yang datang dari jauh.
- Cuba pakaian pengantin sebelum majlis. Jika longgar atau ketat boleh dibetulkan.
album perkahiwnan jelita
The post Persiapan 5 Minggu Sebelum Majlis Perkahwinan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment