Panduan Sebelum Memberi Bayi Puting Kosong

Bayi yang kerap menangis atau kuat meragam selalunya akan diberikan puting kosong bagi menenangkannya. Boleh dikatakan, puting kosong ibarat penyelamat bagi sesetengah ibu. Ibu bapa lazimnya menggunakan puting kosong apabila bayi mereka berusia dua atau tiga bulan. Bukti menunjukkan mereka cenderung menggunakan puting jika anak itu bayi pertama atau jika bayi itu lelaki.

Ada juga yang tidak dapat bertahan untuk sehari pun tanpa memberi bayi mereka puting kosong, namun begitu ada yang tidak bersetuju dengan penggunaannya. Bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk mengguna puting kosong, pastikan:

  1. Menggunakan puting ortodontikbagi menjaga gusi bayi serta begi mengelakkan gigi tumbuh tidak sekata.
  2. Sentiasa steril atau rebus bersih puting botol bagi mengelakkan kuman atau bakteria melekat pada puting.
  3. Ganti puting kosong atau puting botol bayi dengan kerap. Periksa jika ada retak, pecah atau lubang yang boleh menakung kuman dan gantikan dengan puting baru secepat mungkin.
  4. Jangan salut puting kosong dengan makanan manis seperti madu atau jus oren untuk membuat bayi berhenti menangis kerana perbuatan ini boleh menyebabkan gigi cepat rosak.
  5. Cuba had puting kosong untuk masa-masa utama sahaja seperti ketika serangan kolik atau hanya untuk menenangkan. Dipercayai penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang sering dikaitkan dengan infeksi telinga tengah dan masalah lain.
  6. Tunggu sehingga bayi anda memerlukan puting kosong  dan tidak memberikannya secara automatik. Beri jika benar-benar memerlukan.
  7. Cuba ‘ceraikan’ anak anda daripada putingnya sebelum usia satu tahun  kerana lebih mudah melakukannya pada masa ini daripada ketika usia dia dua atau tiga tahun dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar. Jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi suatu tabiat pula.

Bercerai puting kosong

Sekiranya si kecil menghisap puting kosong sepanjang masa dan tidak mahu bercerai puting seperti yang anda rancang, cubalah idea ini:

  • Perlahan-lahan kurangkan masa anak menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama sahaja dalam sehari seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang. Jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan contoh kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua yang tidak menggunakan puting.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosong kepada seorang yang penting baginya seperti datuk atau nenek.
  • Yakinilah yang anak anda akan dengan perlahan-lahan melepaskan kebergantungannya kepada puting kosong.

 

 

The post Panduan Sebelum Memberi Bayi Puting Kosong appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment