Miss Universe Malaysia 2017 Dianugerahkan Kepada Samantha Katie James

Model dan pelakon keturunan keacukan Cina dan Brazil, Samantha Katie James yang berasal dari Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017 di Malam Gala yang diadakan di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.
 

 
Model yang berketinggian 170 cm ini  baru sahaja menginjak usia 23 tahun pada November tahun lalu. Anak tunggal ini berasal dari Klang dan telah memulakan kerjaya sebagai model pada usia 17 tahun. Dia pernah bekerja di pentas peragaan antarabangsa, muncul dalam iklan TV dan pernah membintangi filem produksi Indonesia dan Cina.
 
Ini adalah cubaan kedua Samantha dalam pertandingan ratu cantik ini kerana dia pernah menjadi finalis di Miss Universe Malaysia 2013. Selepas dia ditabalkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017, Samantha meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang menyokongnya.
 

“Saya telah melalui perjalanan yang panjang, secara jujurnya saya tidak pernah menjangkakan kemenangan ini kerana peserta yang lainnya telah melakukannya dengan baik. Mereka sangat pintar dan cantik. Satunya perkara yang saya beritahu diri saya adalah untuk terus percaya dalam apa yang saya mahukan dan gambarkan bahawa saya ada disini dan akhirnya saya sudah mencapai impian saya. Saya pernah menyertai pertandingan ini sebelum ini ketika saya berusia 18 tahun dan pada waktu itu saya masih belum bersedia tetapi kali ini saya sudah bersedia dan saya ada di sini sekarang!”

 
Samantha akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe. Bekas Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal turut hadir untuk menobatkan Miss Universe Malaysia yang baru itu.

The post Miss Universe Malaysia 2017 Dianugerahkan Kepada Samantha Katie James appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment