Anugerah Grammy 2017 yang baru sahaja berlangsung adalah anugerah berprestij yang ditunggu -tunggu kerana ia menghimpunkan ramai penyanyi dan selebriti terkenal daripada Hollywood.
Acara karpet merah semestinya mencuri tumpuan kerana para selebriti tampil cantik mempesona daripada hujung rambut ke hujung kaki dengan pelbagai gaya solekan dan rambut yang berbeza. Jelita tampilkan lima selebriti yang mempunyai gaya solekan dan rambut yang cantik.
Katy Perry – Kali ini, sentuhan edgy dan glamor menjadi pilihan. Katy Perry memberi inspirasi buat anda bagaimana ingin menggayakan pembayang mata tekstur kilat bersama lipstik merah jambu cerlang. Rambut separa bahu berikan gaya moden dan segar.
Adele – Titik tumpuan hanya pada leretan hitam pekat penggaris mata membentuk sepasang mata kucing. Pipi pula dilayang manja dengan pemerah pipi. Gaya rambut yang klasik, sanggul kemas dengan juraian pada bahagian tepi.
Demi Lovato – Solekan mata berkabut tidak pernah salah. Rona tanah pada pembayang mata kelihatan harmoni pada wajah. Bibir dirias dengan rona nude dan bertekstur glossy menyerlahkan riasan wajah.
Heidi Klum – Supermodel terkenal ini tampil anggun dengan gaya rambut ikal mayang separa bahu buatkan penampilan tampak lebih muda. Manakala, wajah dirias dengan sederhana tanpa mainan rona yang berat. Untuk serlahan mata, hanya padankan pembayang mata dengan aplikasi maskara agar mata lebih galak dan bundar.
Jennifer Lopez – Kontur pada rahang pipi buatkan wajah terlihat lebih bujur dan terbentuk. Wajah dirias sederhana namun masih punya titik fokus. Sepasang mata yang galak dengan aplikasi maskara dan juga bibir dihias dengan rona nude. Tekstur kilat pada bibir melengkapkan keseluruhan riasan wajah.
The post Lima Solekan Tercantik di Anugerah Grammy 2017 appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment