Kereta Jimat Minyak

Isu harga minyak naik bagaikan tiada kesudahan dan ramai yang terjejas dengan kenaikan harga ini. Oleh itu, elakkan dari menggunakan kenderaan yang menggunakan banyak minyak sehinggakan anda perlu mengisinya beberapa kali dalam sehari.
 
Jelita ingin membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan menyenaraikan kereta yang dapat mengurangkan penggunaan minyak agar anda dapat menjimatkan wang.
 
Honda New City


 
Honda Malaysia sekali lagi menawan hati rakyat Malaysia dengan keluaran model terkini Honda New City yang kini boleh ditempah di semua88 peniaga Honda yang sah di seluruh negara bermula dari 1 Februari. Menariknya model terbaru Honda New City ini ialah ia dikuasakan dengan enjin signatur Honda i-VTEC yang digabungkan dengan Technology Continuous Variable Transmission (CVT). Model terbaru, Honda New City ini memberikan keseimbangan yang sesuai untuk pemanduan yang lancar dan penggunaan bahan api yang efisyen.
 
Perodua Axia


 
Perodua Axia adalah antara kereta termurah di Malaysia dan ia juga membantu pemiliknya untuk menjimatkan duit dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Perodua Axia mempunyai kapasiti enjin 1.0cc dan kereta ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi kereta manual manakala bagi kereta auto pula, setiap liter minyak membolehkan ia bergerak sejauh 20.6 km.
 
Mitsubishi Mirage


 
Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dikatakan sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, Myvi. Mitsubishi Mirage ini dibekalkan dengan enjin 1.2 DOHC dan ia mampu bergerak sejauh 21km bagi setiap liter minyak. Selain dapat menjimatkan minyak, kereta ini juga dicipta untuk keselesaan.
 
Myvi 1.3


 
Antara kereta yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Myvi 1.3 bukan sahaja direka dengan reka bentuk yang menarik tetapi ia juga turut menawarkan penimatan minyak. Kereta ini dibekalkan dengan enjin 1.33 cc dan ia mampu bergerak sejauh 17 km untuk seliter minyak.
 
Proton Iriz


 
Proton Iriz tergolong dalam golongan kereta kompak dan ia adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.6cc dan kereta ini mampu bergerah sejauh 14.5km untuk seliter minyak.
 
Perodua Bezza


 
Perodua Bezza ditawarkan dengan dua pilihan enjin baharu iaitu 1.0L VVT-i, dan 1.3L Dual VVT-i. Hasil gabungan enjin-enjin baharu dengan kotak gear yang telah dikemaskini, membolehkan Bezza untuk mencapai penggunaan bahan api yang lebih baik. Model 1.3 liter automatik mampu mencatatkan penggunaan bahan api sejauh 21 km untuk setiap liter manakal 1.0 liter manual pula mampu untuk mencatat perjalanan sejauh 22.8 km untuk setiap liter.
 
Honda City 2014


 
Biarpun kereta keluaran Honda ini dilengkapi dengan enjin 1.5cc, ia mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 km bagi setiap liter minyak anda.
 
Gambar: Sumber Google

The post Kereta Jimat Minyak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment