Kelebihan Lisa Surihani di Mata Jovian Mandagie

Setelah agak lama Lisa Surihani tidak muncul di layar perak mahupun kaca televisyen, pelakon wanita terbaik Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia ini muncul dengan koleksi Aidilfitri cukup menawan dengan kerjasama pereka terkenal, Jovian Mandagie.

jelita lisa surihani jovian mandagie

Koleksi yang diberi gelaran Hati Lisa ini ditujukan khusus buat ahli keluarga, rakan terapat dan mereka disayangi aktres ini. Paling istimewa, anak sulung Lisa dan suaminya, Yusry KRU iaitu Yahaira Leanna turut menjadi muse untuk koleksi Baby Lisa.

Pada acara pelancaran yang diadakan pada 15 Februari lalu, jemputan serta media dapat melihat di depan mata antara koleksi yang terdiri daripada 50 rekaan selain beberapa daripada koleksi Baby Lisa. Acara dimulakan dengan perasmian ringkas, sesi memotong reben dilakukan oleh Lisa bersama Jovian di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, sebelum sesi soal jawab. Jelita kongsikan jawapan menarik dikongsikan kedua-dua personaliti ini sewaktu sesi soal jawab.

Yahaira buat kemunculan istimewa sewaktu sesi soal jawab bersama media.

SOALAN: Kenapa Jovian memilih Lisa untuk ‘pusingan’ kedua koleksi Aidilfitri tahun ini?

JOVIAN: Saya berkawan dengan Lisa kira-kira enam tahun dan walaupun saya ramai kawan selebriti tetapi dia lain daripada yang lain. Perwatakannya membuatkan bukan saja saya, malah seluruh team Jovian Mandagie selesa dengannya. Anda tidak akan rasa intimidated dengannya. Kami ada satu ‘tarikan kimia’ dalam persahabatan. Dia sentiasa jujur dan tulen. Untuk bekerjasama dengannya bagi koleksi Kata Hati ini tidak bolehlah berasaskan popularitinya semata-mata, kerana saya mahukan ia menjadi usaha sama yang berjaya apatah lagi kali ini kami keluarkan 50 rekaan.

SOALAN: Apakah yang membezakan koleksi terdahulu dengan yang terbaru ini?

LISA: Koleksi pertama pada 2013 turut mempunyai sentuhan peribadi saya, tetapi kami mahukan kelainan buat koleksi terbaru ini. Kami duduk berbincang dan berfikir panjang, apa lagi yang boleh buat? Kemudian, kami fikir, apa kata dedikasikan koleksi ini kepada barisan wanita yang telah memberi impak pada hidup saya. Selain menjadi selebriti, wanita-wanita ini telah banyak membantu saya untuk keep sane. Mereka bukan sekadar ahli keluarga tetapi saya turut babitkan teman rapat yang telah memberi saya inspirasi, tanpa mereka sedari.

Menariknya, saya tidak semata-mata meletakkan nama mereka pada setiap rekaan tetapi mereka ini turut terbabit dalam kempen malah telah menyertai sesi penggambaran.

Selain itu, kami turut memperkenalkan koleksi Baby Lisa yang hadir dengan 20 rekaan. Saya akui amat gementar untuk membabitkan Yahaira dalam usaha sama ini kerana sebelum ini, saya memegang prinsip lebih suka low-key. Atas dasar percayakan Jovian dan pasukannya kerana saya tahu mereka tidak akan mengekploitasi, saya bersetuju untuk melakukannya. Malah, saya ambil kesempatan ini untuk mengenali lanjut perangai dan kelakuan Yahaira. Bayangkan sewaktu sesi penggambaran, anak saya cukup keletah di depan lensa kamera dan langsung tak meragam. Pengalaman itu cukup membuka mata saya, ia adalah pengalaman yang saya akan syukuri sampai bila-bila.

JOVIAN: Untuk pengetahuan anda, rakan-rakan Lisa adalah teman saya juga. Kami seronok melakukan penggambaran koleksi ini di Hotel Ritz-Carlton. Dalam koleksi 2.0 ini anda boleh lihat sedikit kelainan daripada segi gaya dan siluet. Kami masih perkenalkan kembali sedikit elemen daripada koleksi lampau tetapi menaik taraf daripada segi fabrik, perincian serta potongan.

Jika anda tertanya kenapa begitu awal kami melancarkan koleksi ini dan bukan berdekatan dengan bulan puasa, ini kerana Lisa bakal melahirkan anak keduanya April ini.

LISA: Saya dijangka melahirkan anak kedua ini antara hujung April ke awal Mei, jadi saya tidak mahu ambil risiko melakukan majlis pelancaran pada waktu itu, apatah lagi sudah terlalu

Koleksi Kata Hati Lisa Surihani for Jovian ini mula dijual di laman web Jovian Mandagie pada 15 Februari dan boleh dibeli di kesemua butik JM bermula 18 Februari ini. Ia juga boleh dibeli di Zalora bermula Isnin, 20 Februari. Koleksi Lisa Surihani dijual antara harga RM420 hingga RM550 manakala Baby Lisa dijual antara RM230 ke RM280. 

Bakal muncul Mac 2017, koleksi hijab LS for Jovian selain wangian. Nantikan! 

The post Kelebihan Lisa Surihani di Mata Jovian Mandagie appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment