Fazura Dan Randy Seidman Tiada Hubungan Istimewa

Nur Fazura menjelaskan di mana dirinya dan Randy Seidman tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta dan hanya berkawan rapat sahaja.

 

Gambar : Instagram Nur Fazura

 

Baru-baru ini, kecoh di media sosial di mana seorang jejaka Amerika Syarikat iaitu Randy mempertahankan Fazura kerana didiskriminasi. Bagi Randy, perkara yang dilakukan oleh dua orang warga negara Amerika yang menulis signboard seakan menghalang kemasukan rakyat dari negara Islam memasuki Amerika Syarikat itu agak tidak profesional dan bersifat perkauman terhadap agama Islam seperti mana yang ditegaskan oleh presiden baru negara itu Donald Trump.

 

Gambar : Instagram Nur Fazura

 

Ketika insiden tersebut, Randy memanggil Fazura sebagai gelaran ‘girlfriend’. Video yang dirakamkan oleh YouTube Hizzy itu sebenarnya hanya bertujuan sebagai eksperimen sosial dan pada ketika itu, Randy dan Fazura sedang berjalan bersama di kota New York.

 

Gambar : Instagram Randy Seidman

 

Menurut Fazura, panggilan ‘girlfriend’ seperti mana yang Randy gunakan untuknya hanyalah perkara biasa bagi masyarakat di sana dan ia bukanlah satu perkara yang pelik.

 

Baginya, gelaran ‘girlfriend’ itu tidak membawa maksud mereka bercinta.

 

“Ketika di Amerika Syarikat, di sana mereka membahasakan kawan lelaki sebagai ‘guyfriend’ manakala kawan wanita sebagai ‘girlfriend’. Gelaran itu biasa buat mereka dan ia tidak bermaksud kami bercinta,” ujar Fazura ketika menghadiri majlis menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia – dipetik dari laporan BH Online.

 

Katanya lagi, dia dan Randy sudah berkawan rapat sejak lima tahun lepas. Bagi Fazura, Randy seorang sahabat yang sangat menghormati orang lain.

 

Randy dilihat menzahirkan rasa terkilan pabila tindakan dua orang lelaki yang sebenarnya bereksperimentasi itu seakan memberikan pandangan buruk terhadap negara membangun itu serta orang Islam yang lain termasuklah Fazura sendiri.

 

Bagi Fazura, dia cukup terharu akan tindakan Randy biarpun mereka berlainan agama.

 

 

 

The post Fazura Dan Randy Seidman Tiada Hubungan Istimewa appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment