Darah Campuran Beri Kelebihan Pada Datin Kartini

Indah paras rupa, baik budi pekerti serta gigih menggapai impian dengan kudrat sendiri menyerlahkan lagi kejelitaan orang kuat selebriti terkenal, Neelofa iaitu ibunya, Datin Kartini.

Ada pepatah mengatakan ‘disebalik setiap insan yang berjaya, pasti ada seseorang yang menyokongnya dari belakang,’ begitu juga dengan pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 28. Kejayaan yang digapainya sehingga ke hari ini didukung kuat oleh ibunda tercinta. Individu dimaksudkan Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 51, ibu kepada Neelofa sedikit sebanyak turut terkena tempias populariti anak gadisnya, apatah lagi dia juga memiliki rupa paras menawan walau sudah menjejak usia separuh abad yang menarik perhatian ramai.

Sesiapa sahaja pasti terpesona dengan kecantikan semula jadi Kartini walau tanpa mengenakan sebarang solekan. Disuntik dengan soalan apa yang menjadi rahsia atau petua kecantikannya selama ini, Kartini nampak tersipu malu dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepadanya. Dia menganggap dirinya bertuah dilahirkan daripada keturunan campur yang sedikit sebanyak menyerlahkan daya tarikan tersendiri.

“Cantik? (sambil ketawa kecil, tersipu malu). Mungkin kerana saya lahir daripada keturunan yang memiliki banyak darah campur. Darah keturunan daripada Abah saya adalah campuran antara Pakistan dan Arab. Pakistan pula banyak daerah dan setiap daerah ada ciri (daripada segi paras rupa) orangnya yang tertentu. Ummi saya juga dari Pakistan, tetapi dari daerah lain iaitu di kawasan atas bukit bersempadan dengan Afghanistan, di sini orangnya lebih putih dan memiliki warna mata yang pelbagai. Jika warna mata hazel itu sangat normal bagi kami, begitu juga warna mata biru. Keluarga Abah pula berkulit sedikit gelap mungkin kerana menetap jauh di bawah bukit.

“Tiada apa yang luar biasa dalam penjagaan kecantikan saya. Biasanya saya akan ambil makanan tambahan Bellavita keluaran kami untuk kecantikan dan kesihatan luar dalam. Setiap pagi saya akan mengambilnya, memang tak pernah tinggal rutin ini daripada dahulu lagi. Selain itu, apa yang sentiasa menjadi pegangan dalam hidup saya selama ini adalah untuk tidak sesekali memendam tekanan atau sebarang perasaaan marah dalam diri. Biasanya jika ada perasaan yang tidak enak di hati, saya akan bertenang dan terus melupakannya kerana saya tahu semua itu hanya akan membuatkan diri menjadi murung yang akhirnya memakan diri sendiri. Sentiasa belajar memaafkan orang lain. Jika hati bersih, ia sekaligus akan terserlah pada seri wajah yang indah.

“Daripada segi pemakanan pula, saya pastikan saya tidak dikawal oleh nafsu makan. Jika ada hari yang saya makan banyak, saya akan mengawal diet dengan makan makanan lebih berkhasiat pada keesokan harinya, asalkan ia memberikan tenaga untuk menjalani rutin harian yang padat dengan urusan kerja,” jelas Kartini yang tampak awet muda berbanding usia.

The post Darah Campuran Beri Kelebihan Pada Datin Kartini appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment