Busana Pengantin Bajet Dari Jovian

Jovian RTW sekali lagi menambat hati setiap wanita dengan pelbagai pilihan busana pengantin yang mempersonakan namun istimewanya kali ini adalah ianya sebuah koleksi mampu milik dikenali sebagai “Jovian White”. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, pakaian pengantin ini dihasilkan dengan sempurna melalui sentuhan “Couture” di dalam cara yang konvensional dan memberi peluang untuk setiap wanita berkahwin dengan acara yang begitu sempurna dan anggun dengan koleksi “Ready-­To­Wear”ini.

Sentuhan warna putih dan warna lembut seperti merah jambu dalam koleksi ini diinspirasikan daripada bunga‐bunga sakura di mana ianya mekar dengan suburnya seperti seorang bakal ratu sehari. Dijahit mengikut ukiran bentuk badan dan rekaan yang menakjubkan, ia juga memberikan gaya moden dan klasik terhadap bakal pengantin mengikut pilihan yang ada.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fabrik yang digunakan adalah dari kualiti yang terbaik dan mengikuti keselesaan orang ramai. Pilihan kain yang digunakan ialah krepe, sifon Italian, renda Perancin dan “tulle”. Koleksi ini menampilkan 10 rekaan dari gabungan dress mermaid , “A‐line skirt”, dress peplum dan  “long gowns”.

Menurut pereka fesyen tersebut, rangkaian pakaian yang terbaru ini akan memberi setiap wanita memperolehi peluang untuk mengenakan busana ikonik Jovian pada hari istimewanya. Koleksi ini dicipta pada harga yang berpatutan dan ia sangat bernilai bagi setiap sen yang dikeluarkan.

Koleksi ini boleh didapati secara “pre-‐order” di butik JStore Bangsar,  Shah Alam dan di http://ift.tt/2d3hs30 dari 9 Februari 2017 dengan beberapa helaian yang terhad bermula dari RM399 sehingga RM1499.

The post Busana Pengantin Bajet Dari Jovian appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment