Atasi Obesiti dengan Rancangan Pemakanan Ini

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam baru-baru ini telah memberi amaran bahawa pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah natijah gaya hidup yang tidak sihat.

Sebuah tinjauan kesihatan dan morbiditi peringkat kebangsaan mendedahkan bahawa kadar obesiti telah meningkat daripada 4.4% (jumlah penduduk) pada tahun 1996 kepada 17.7% pada 2015 1. Di samping itu, kajian-kajian lain turut melaporkan bahawa:

• 45% rakyat Malaysia dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes
• 48% rakyat Malaysia dewasa mempunyai paras kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia
• 18% rakya Malaysia dewasa menghidap diabetes

Tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak memakan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi telah dikaitkan sebagai punca masalah kesihatan tersebut. Hanya 6% rakyat Malaysia dewasa memakan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang memakan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan mempunyai kerentanan pada kadar antara 5% dan 12% lebih rendah terhadap kanser.

obesiti

Dr. Luigi Gratton, Pakar Pemakanan Herbalife berkongsi beberapa tip untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkannya:

  • Menetapkan matlamat dan azam khusus yang mampu dicapai. Perubahan gaya hidup yang mampu dicapai boleh membawa kepada hasil yang mampan dan berpanjangan, berbanding diet secara “ikut-ikutan”. Jangan berkata “Saya ingin sihat,” sebaliknya berazam bahawa “Saya akan berjalan selama 30 minit sehari” atau “Saya akan meletakkan kenderaan lebih jauh dan berjalan ke pejabat”.
  • Mula membuat pilihan sihat “sekali sehari”. Pilih makanan yang lebih menyihatkan, sama ada untuk makan tengahari atau makan malam, atau hentikan memakan makanan yang digoreng semasa makan tengahari atau hentikan meminum minuman bergula pada salah satu masa makan dalam sehari. Contohnya menukar air berbikarbonat dengan air kosong pada satu masa makan boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 150 kalori dan kira-kira 10 sudu teh gula dalam tempoh sehari.
  • Mulakan sasaran “sekali seminggu”. Contohnya, mula mengikuti kelas yoga sekali seminggu atau menyediakan sendiri bekal makan tengahari anda sekali seminggu.
  • Melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup. Tambahkan buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan anda, pergi berjalan kaki, menaiki tangga dan bukan lif, atau meletakkan kereta anda lebih jauh dari pintu masuk bagi membolehkan anda berjalan. Pembentukan tabiat lazimnya memerlukan amalan selama tiga minggu.
  • Segera bertindak, tingkatkan kecergasan. Pengurusan berat badan adalah hasil daripada pemakanan dan senaman yang seimbang. Anda perlu ingat bahawa anda hendaklah membekalkan otot anda dengan protin dan nutrien-nutrien penting lain untuk pemulihan selepas latihan fizikal. Jika anda dapati bahawa anda tidak mempunyai banyak masa terluang, anda patut cuba untuk melakukan senaman mencangkung dengan bersandar pada dinding semasa menonton televisyen atau di tempat kerja kerana senaman ini boleh meningkatkan stamina, menguatkan otot teras dan membantu anda untuk menjadi lebih fokus.
  • Kekalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang meliputi buah-buahan dan sayuran, bijirin tulen serta bahan makanan yang mengandungi protin yang boleh membantu anda mengekalkan tenaga dan mengurangkan selera makan. Anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan dengan ketara dengan mengetahui saiz hidangan makanan yang perlu anda makan untuk ‘tidak berasa lapar’ dan bukannya untuk berasa ‘kenyang’. Strategi pengawalan saiz hidangan makanan termasuk menggunakan pinggan yang lebih kecil, mengambil makanan di dapur berbanding menghidangkannya dalam pinggan di meja makan dan mengambil makanan gantian seperti bancuhan protin, bar protein atau makanan sejuk beku.

The post Atasi Obesiti dengan Rancangan Pemakanan Ini appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment