Ary Malik Meninggal Dunia

Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam semalam.
 

Gambar: Instagram Ary Malik


 
Berita yang disampaikan oleh suami arwah, Shahrul Nizam Shaharuddin. Dia turut memberitahu bahawa anak mereka masih dalam keadaan bersedih dan terkejut.
 

“Saya berasa satu kehilangan besar kerana dia adalah isteri yang sangat penyayang dan menjadi kesayangan ramai. Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan ibu mereka sewaktu arwah dimandikan,”- Shahrul Nizam- Astro Awani.

 
Tambah Shahrul lagi, dia berterima kasih atas doa dan ucapan takziah yang disampaikan kepada mereka sekeluarga.
 
Sebelum ini, Ary dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat pada 18 Februaru lalu. Ary mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.
 
Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun yang lalu dan dia pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Doktor mengesahkan penyakit barah yang dihidapi arwah sudah merebak ke bahagian kepala.
 
Ary mula melibatkan dunia seni dan penyiaran tempatan sejak tahn 90-an dan arwah pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012.
 
Arwah pergi meninggalkan suami dan tiga orang anak, masing-masing berusia 19, 13 dan 11 tahun.
 
Takziah diucapkan buat keluarga Ary Malik.

The post Ary Malik Meninggal Dunia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment