Angelina Jolie Dedikasikan Filem ‘First They Kill My Father’ Untuk Rakyat Kemboja

Tayangan perdana filem Kemboja, “First They Killed My Father” telah berlangsung pada 18 Februari 2017 di Terrace Of the Elephants di Kompleks Kuil Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja. Filem ini bakal ditayangkan di Netfliz di seluruh dunia pada akhir tahun ini.
 

 
Ini adalah satu acara khas untuk rakyat Kemboja. Turut menghadiri tayangan perdana ini ialah Raja Norodom dan Permaisuri Norodom Monineath. Turut memeriahkan lagi tayangan perdana ini ialah Angelina Jolie, Loung Ung dan Rithy Panh.
 
Filem yang diarahkan oleh Angelina Jolie ini didedikasikan khusus untuk mereka yang telah meninggal dunia di bawah pemerintahan Khmer Rouge dan juga pada mereka yang terselamat dari pemerintahan kuku besi ini. Filem ini memfokuskan kepada cinta dan dedikasi keluarga Kemboja dan juga meraikan keindahan, semangat dan perjuangan serta budaya rakyat Kemboja.
 
Filem ini adalah adaptasi daripada memoir daripada penulis dan juga pejang hak asasi manusia Kemboja, Loung Ung. Loung Ung yang mendedikasikan kehidupannya di bawah pemerintahan rejim Khmer Rouge daripada tahun 1975 sehingga 1978. Kisah ini diceritakan melalui pengalamannya dari usia lima tahun ketika pertama kali Khmer Rouge mula berkuasa sehinggalah dia berusia lima tahun. Filem ini turut menceritakan semangat waja dan kekuatan Loung dan keluarganya kerana mereka telah berjuang untuk terus hidup pada tahun pemerintahan Khmer Rouge.
 

 
Ung antara yang terselamat dari genggaman pemerintah kejam itu telah menulis buku First They Killed My Father: A Daughter Of Cambodian Remembers, yang telah diterbitkan pada tahun 2000. Angelina telah menghubungi Ung lebih sedekah lalu dan mereka telah berkawan rapat sejak dari hari itu.
 
Filem ini telah menjalankan penggambaran di Kemboja antara November 2015 dan Februari 2016 dan ia telah difilemkan sepenuhnya dalam bahasa Khmer dan ia antara filem terbesar yang pernah dibuat di negara ini. Antara yang terlibat dengan penggambaran ini ialah juruteknik, tukang seni dan juga lebih daripada 3,500 rakyat Kemboja yang telah terlibat dalam pembikinan filem ini. Srey Moch Sareum yang dipilih untuk memainkan watak Ung yang berumur lima hingga sembilan tahun telah ditemui di sekolah amal tempatan. Filem ini juga turut menampilkan pelakon ternama dari Kemboja antaranya Kompheak Phoeung dan Socheata Sveng, masing-masing melakonkan watak ayah dan ibu kepada watak Ung.
 
Filem ini adalah filem asal Netflix yang telah dihasilkan oleh Angelina Jolie. Pengarah  dan penerbit terkenal Kemboja, Rithy Panh turut terlibat dalam mengarahkan filem ini. Antar mereka yang turut terlibat menerbitkan filem ini adalah Loung Ung, Maddox Jolie-Pitt, Adam Somner dan ramai lagi.

The post Angelina Jolie Dedikasikan Filem ‘First They Kill My Father’ Untuk Rakyat Kemboja appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment