AkzoNobel, pengeluar jenama cat berkualiti Dulux, meraikan Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam dengan mengadakan makan malam penghargaan media, dengan sorotan ramalan trend tahunannya, ColourFuturesTM, yang menggambarkan trend warna utama dan ramalan Warna bagi Tahun 2017.
Dengan pelancaran dan pembukaan tirai Warna Pilihan AkzoNobel bagi Tahun 2017 dan sebagai sebahagian daripada panduan trend warna tahunan syarikat ini yang ke-15 yang diadakan pada Oktober lalu, pakar warna global telah mengenal pasti warna ‘Denim Drift’ sebagai warna wajib bagi tahun 2017.
‘Denim Drift’ (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoke Grey), dikenal pasti sebagai warna kelabu-biru yang menawan, tak lapuk dek zaman dan versatil adalah mengenai keseimbangan, di mana kita menyaksikan gabungan yang menarik di antara warna yang lebih berani dan terang dengan pilihan rona cerah yang lebih lembut.
En. Indra Laban, Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Singapura dan Brunei berkata dalam ucapan aluannya, “Biru adalah warna harian kita, warna langit dan juga warna kepercayaan, keamanan, ketenteraman dan kesetiaan. ‘Denim Drift’ adalah warna kelabu-biru yang tak lapuk dek zaman dan versatil yang dipilih dengan teliti oleh Pusat Estetik Global AkzoNobel dengan pakar reka bentuk dan warna yang terkemuka dari serata dunia, yang telah menjalankan kajian terperinci mengenai trend sosial dan reka bentuk global.”
Turut hadir pada acara tersebut adalah Master Kenny Hoo, duta Feng Shui bagi Dulux Malaysia, yang diiktiraf di serata dunia sebagai salah seorang daripada pakar yang mula-mula menggabungkan dan merumuskan kaedah tradisional Feng Shui dengan peralatan dan teknologi moden dan saintifik dalam kajian Geomantiknya yang unik, untuk berkongsi tip Feng Shui yang mencetuskan inspirasi.
Pada majlis makan malam penghargaan media tersebut, Cik Shinta Iswandani, Ketua Pemasaran di AkzoNobel Decorative Malaysia mengongsikan teknologi yang diperbaharui bagi Dulux EasyClean™ dan Dulux EasyClean™ Plus dengan Teknologi KidProof baru yang menawarkan warna wajib bagi 2017, Denim Drift dan spektrum warna yang luas supaya anda dapat mencipta suasana yang diinginkan pada musim perayaan ini.
Barisan produk EasyClean™ kini didatangkan dengan kemasan matt dan sheen yang lebih mudah dibersihdan boleh mengekalkan warna yang bertenaga yang kelihatan segar dan bersih lebih lama. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang aktif dan bebas meneroka yang sedang belajar dan membesar kini boleh menikmati ketenangan fikiran dengan barisan cat Dulux EasyClean™ – cat yang dirumus khusus untuk penjagaan dinding yang mudah di kediaman yang dilengkapi Teknologi KidProof.
Barisan produk Dulux EasyClean™, yang mendapat persijilan Singapore GreenLabel dan Sirim Eco-label, adalah cat yang mudah dibersih dan dijaga serta senang untuk menanggalkan kotoran*, dan mengekalkan warna yang bertenaga pada kediaman. Ia mempunyai kandungan sebatian organik meruap (VOC) yang rendah dan kurang berbau, menjadikannya begitu selesa untuk keluarga dan lebih baik untuk alam sekitar.
The post AkzoNobel Menyambut Tahun Ayam dengan Ombakan Biru appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment