Gaya hidup yang sibuk, kebimbang an yang berpanjangan dan masalah kesihatan adalah antara punca utama masalah tidak boleh tidur. Tidur amat penting untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat. Jikalau cara seperti minum teh dan mendengar lagu tidak dapat membantu anda untuk tidur, mungkin anda boleh mencuba cara santifik pula.
Gambar: INGimage
Jelita senaraikan sembilan cara santifik untuk mengatasi masalah tidur.
Sukar Tidur
Cuba elakkan dari minum teh atau kopi tujuh jam sebelum tidur. Kerap melakukan senaman di waktu pagi. Pastinya penyakit sukar tidur anda akan beransur pulih.
Berdengkur
Jikalau anda punya masalah berdengkur yang sangat kuat sehingga mengangggu tidur anda, anda boleh cuba tidur mengiring dan letakkan tangan anda di bawah kepala anda. Anda juga boleh mencuba bilas hidung anda dengan menggunakan air garam. Elakkan pengambilan alkohol.
Sakit Tengkuk
Antara punca anda mengalami masalah tidur ialah kerana bantal anda yan tidak selesa sehingga menyebabkan anda sakit tengkuk. Atasi masalah ini dengan menukar bantal anda sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Pilih bantal yang diperbuat daripada material getah (latex)
Selalu Berjaga Malam
Elakkan pengambilan alkohol sebelum tidur dan pastikan suhu bilik tidur anda ialah 20-22 darjah celcius.
Sakit Ulu Hati
Sakit ulu hati ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Kadangkala ia boleh berlaku ketika anda masih tidur. Adalah sebaiknya anda pergi berjumpa dengan doktor. Tukar posisi tidur anda dengan tidur mengiring di sebelah kiri dan pastikan bantal anda tinggi dan letakkan tangan anda di bawah kepala anda.
Sakit Bahu
Tidur dalam posisi telentang dan peluk bantal anda.
Susah Bangun Pagi
Setiap hari bangun di waktu yang sama walaupun pada hari minggu. Lama- kelamaan, anda akan biasa bangun di waktu yang sudah anda tetapkan.
Kejang Dan Sakit Otot
Kejang otot boleh berlaku walaupun ketika sedang tidur. Untuk elak ia menggangu tidur anda, cuba urut kawasan yang sakit dan lakukan aktiviti pemanasan badan dan juga aktiviti regangan otot.
Sakit Belakang
Antara punca utama masalah tidur. Sakit belakang boleh membuatkan anda tidak selesa untuk tidur. Cuba atasinya dengan tidur dengan posisi meniarap dan letakkan batal yang lain di bawah peha anda ataupun di bawah kaki sekiranya anda tidur telentang.
The post 9 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Tidur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment