Setiap ibu bapa mahu anak mereka membesar dengan gembira dan berjaya. Itulah sebabnya kenapa ibu bapa sanggup menghabiskan wang dan masa untuk memberikan pendidikan yang bagus kepada anak mereka. Namun, adakah pendidikan yang bagus sahaja mencukupi untuk menjamin masa depan yang cerah buat anak anda?
Gambar: INGimage
Jelita senaraikan tujuh kemahiran yang perlu anak anda pelajari untuk berjaya di dalam hidup mereka.
Keupayaan untuk membuat pendirian sendiri
Ini adalah salah satu kemahiran yang paling penting di dalam dunia moden, dan ia hendaklah ditanam pada anak anda pada usia awal kerana anda tidak akan sentiasa berada di sisi mereka untuk menyelamatkan mereka. Untuk memupuk kemahiran ini pada anak, anda perlu menunjukkan bahawa pendapat anak penting dalam keluarga, Anak anda perlu tahu bahawa anda sentiasa mendengar dan memahami, jadi ekspres minat dan galakan dalam bentuk perbualan dengan mereka. Ia adalah lebih baik jika anda menggunakan kata yang memberangsangkan dengan kerap dan jangan terlalu menyindir atau berkeras ketika menjawab soalan dari anak anda.
Tumpuan Sepenuhnya
Kanak-kanak lebih suka untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka minati pada ketika itu, jadi cuba untuk melakukan sesi pembelajaran dengan mereka yang bukan sahaja berguna tetapi menarik. Sebagai contoh, jika anda mengajar anak anda cara untuk menulis, anda boleh menyuruh mereke menulis surat di papan hitan, di kaki lima depan rumah atau ukir daripada plastisin. Jangan lupa tingkah laki ibu bapa adalah contoh terbaik: berikan perhatian sepenuhnya pada anak anda tanpa sebarang gangguan. Anda juga boleh melatih tumpuan anak anda melalui permainan papan, melukis atau teka-teki. Di samping itu, anda boleh meminta mereka untuk mengambil perhatian ketika pergi berjalan seperti tanda yang ada di jalan, model atau warna kereta, bentuk, warna dan tekstur.
Berdikari
Lebih cepat anak anda belajar untuk melakukan semua perkara sendiri, mereka akan menjadi lebih yakin di masa hadapan. Ia juga lebih mudah untuk mereka menghadapi suasana sekolah dan lebih lagi apabila mereka sudah dewasa. Galakkkan anak anda untuk memakai baju sendiri, ikat tali kasut sendiri, mengemas mainan mereka sendiri dan lap apa yang mereka sudah tumpahkan. Jangan marah anak anda sekiranya dia melakukan kesilapan. Bersabar dan jangan lupa untuk memuji mereka. Mereka akan beransur-ansur belajar untuk melakukan perkara ini sendirian dengan cara yang sama mereka belajar untuk berjalan dan bercakap.
Kerja Berpasukan
Ia adalah sangat penting untuk menjelaskan kepada anak anda dari usia awal bahawa terdapat beberapa peraturan dalam masyarakat (di taman permainan, di tadika, di sekolah) dan dengan mematuhi peraturan tersebut mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain. Salah satu peraturan itu adalah kebolehan untuk bekerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan. Apabila anda mengajar anak untuk bekerja dalam satu pasukan, anda tidak boleh membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain kerana ini akan membuatkan anak anda marah mahupun memberontak. Sebaliknya, anda perlu menekankan kepentingan setiap orang dan memuji semua kanak-kanak yang ada di dalam kumpulan itu sebaik sahaja kerja selesai dilaksanakan.
Belajar Bahasa Asing
Mempelajari bahasa asing akan memberikan anak anda beberapa kelebihan dalam kerjaya masa depan mereka dan ia juga dapat membantu anak anda untuk meluaskan ufuk budaya mereka. Cara terbaik untuk mempelajari bahasa negara lain adalah dengan berkomunikasi dengan penduduknya dalam bahasa mereka.
Disiplin
Kemahiran ini akan membantu anak anda untuk mencapai matlamat mereka yang sudah pasti akan berguna kepada mereka di masa dewasa. Mendisiplinkan diri sendiri terletak pada jadual harian yang anda perlu rancang bersama anak anda dan secara beransur-ansur mengurangkan penglibatan anda sendiri dalam perancangan harian (atau mingguan) anak anda, Mereka akan belajar untuk menguruskan masa dan juga diri mereka sendiri. Ia juga penting untuk mengimbangi tanggungjawab kanak-kanak dnegan masa lapang mereka. Anak anda perlu mempunyai masa yang cukup utnuk bermain, melakukan hobi yang digemari dan aktiviti lain yang mereka gemari. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa memantau jadual anak anda. Sebagai contoh, pastikan anda anda menyiapkan kerja rumah tiga hari sebelum keluar bermain.
Bersedia Untuk Menghadapi Kegagalan
Cara anak anda bersikap sewaktu menghadapi kejayaan dan kegagalan adalah sangat penting untuk membentuk harga diri mereka dan mentakrifkan hubungan mereka dengan orang lain. Perhatikan kepada cara anak anda bermain: ada yang kalah, mengamuk dan ibu bapa membawa kanak-kanak itu pulang. Tingkah laku seperti ini mempunyai kesan negatif ke atas keupayaan anak anda untuk menghadapi kesukaran hidup dan menghalang mereka untuk menjadi lebih kuat. Pastikan anda memuji anak anda untuk setiap kejayaan yang dikecapinya tetapi jangan abaikan kegagalan mereka, Cuba untuk berbincang dengan mereka dan cari sebab kenapa mereka boleh gagal: ini adalah kunci kepada kemenangan di masa hadapan. Jangan melarang anak anda untuk mengeksperasikan emosi mereka dan yang paling penting, biarkan anak anda tahu yang anda sangat menyayangi mereka dan percaya kepada mereka tidak kira apa yang berlaku.
The post 7 Kemahiran Yang Perlu Anak Anda Pelajari Untuk Berjaya appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment