7 Helah Mudah Sentiasa Kekal Langsing

Anda pernah mencuba semua rutin diet yang paling popular dan ternyata ia berkesan. anda kehilangan berat badan anda dan anda berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. Namun, atas sebab yang tertentu, badan anda mungkin akan mengalami kesan akibat rutin diet tersebut. Berat badan anda yang hilang telah kembali dan ia mungkin akan membawa berat tambahan.
 

Gambar: INGimage


 
Jelita senaraikan tujuh helah mudah untuk kurangkan berat badan dan sentiasa kekal langsing tanpa memikirkan berat badan yang hilang mungkin akan kembali.
 
1. Pelan Diet Anda Tidak Boleh Memberikan Emosi Negatif Pada Diri Sendiri.

Anda tidak perlu berasa bersalah ketika sedang menurunkan berat badan. Rutin diet anda tidak perlu terlalu ekstrem sehinggakan anda rasa bersalah sekiranya anda makan makanan yang tidak tersenarai di dalam rutin diet anda. Jika makanan yang anda makan akan menjana perasaan bersalah dan membuat anda mahu menghukum diri anda, anda tidak akan mendapat hasil yang dikehendaki. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan membuang rutin diet yang melampau kepada sesuatu yang lebih mudah dan berkhasiat. Hilangkan perasaan negatif dan berikan tumpuan kepada perasaan positif. Tidak salah sekiranya anda ingin rehat dari rutin diet anda sekali-sekala.
 
2. Pilih Diet Yang Terkawal Tetapi Jangan Terlalu Ketat

Jika anda memutuskan untuk memulakan rutin diet yang terlalu ketat sehingga membuatkan anda menderita secara fizikal, bersiap sedia utnuk mengalami kesan sampingan dan masalah kesihatan seperti kebimbangan, tekanan dan keguguran rambut akibat kesedihan, ketakutan, hilang tumpuan dan risiko untuk menghadapi ‘eating disoders’. Cara terbaik untuk memulakan rutin diet adalah dengan berunding dengan pakar pemakanan anda terlebih dahulu. Biarkan profesional yang tampilkan dengan pelan makanan yang mencukupi mengikut keperluan anda dan juga keupayaan badan anda.
 
3. Tetapkan Matlamat Yang Realistik

Perkara pertama yang perlu anda sedar adalah turun berat badan dalam masa yang singkat dan mendapat bentuk seperti model peragaan fesyen dalam masa seminggu bukanlah matlamat yang boleh dicapai dan realistik yang harus anda tetapkan untuk diri anda. Selalu ingat, ia tidak baik untuk kesihatan anda sekiranya anda membuat perubahan secara tiba-tiba dan mengubah rutin diet anda secara mendadak. Ia adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah kecil tetapi sihat setiap hari dan membuat kemajuan yang perlahan tetapi stabil. Ini adalah satunya cara untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik.
 
4. Percaya Pada Kuasa Minda Anda

Fikiran anda memainkan peranan yang penting dalam mencapai setiap matlamat yang anda telah tetapkan. Ia membantu untuk mengatasi ketakutan pada kegagalan. Setiap kali anda merasa ingin ponteng rutin gimbasium atau makan sesuatu yang “telarang,” berikan tumpuan sepenuhnya kepada matlamat yang sudah anda tetapkan dan cuba untuk mengawal minda anda untuk sentiasa kekal aktif. Anda perlu sentiasa melakukan aktiviti untuk mengurangkan rasa bosan kerana rasa bosan boleh membuat anda merasa lapar.
 
5. Jangan Lupa Satu Peraturan Mudah: “Kurang Itu Lebih”

Walaupun ia mungkin kedengaran seperti bunyi gila, tetapi mengambil makanan dalam kadar yang sedikit dengan kerap sepanjang hari adalah kunci kepada penurunan berat badan yang berjaya. Ini akan menghalang anda daripada rasa lapar dan turut mengaktifkan metabolisme anda.
 
6. Rekodkan Kemajuan Anda

Anda perlu sentiasa menimbang berat badan anda setiap hari dan rekodkan semua perubahan pada berat badan anda. Ini akan membantu anda untuk kekal di landasan yang betul. Walaupun hasilnya mungkin agak lambat untuk dilihat tetapi ia adalah cara yang paling ideal untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan serta memperbaiki tabiat anda tanpa perlu terlalu banyak penderitaan.
 
7. Senaman

Pelan diet yang sihat yang akan membantu anda menurunkan berat badan tetapi anda tidak akan mendapat jisim otot tanpa bersenam. Tidak perlu untuk habiskan masa seharian di gimnasium. Ambil langkah kecil dan cuba sesuatu yang anda suka. Aktiviti fizikal boleh membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan ia akan membantu anda untuk berasa lebih baik, mengurangkan risiko penyakit dan juga memperbaiki fungsi otak.

The post 7 Helah Mudah Sentiasa Kekal Langsing appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment