5 Resipi Masker Yang Dapat Membantu Memulihkan Kulit Semalaman

Stres, terlebih kerja, kurang tidur dan masalah kesihatan antara punca yang boleh membuat kulit kelihatan letih. Selalunya, tekanan daripada kehidupan seharian akan menghabiskan tenaga anda dan seterusnya akan membuatkan kulit anda menjadi kusam dan tidak bermaya. Hasilnya, setiap kali anda melihat ke dalam cermin pasti keyakinan diri anda akan berkurangan. Ambil masa sehari untuk memanjakan kulit anda dengan rutin kecantikan. Anda tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan rawatan untuk kulit anda. Cukup hanya di rumah sahaja.
 
Jelita senaraikan lima resipi masker mudah yang dapat membantu memulihkan kulit anda semalaman.
 

 
Masker Timun

Bahan-Bahan:

1 timun

1 putih telur

Cara Menyediakan:

  1. Pukul putih telur sampai berbuih
  2. Parut timun (anda parut timun sehingga anda dapat menghasilkan dua sudu pulpa timun)
  3. Tambah pulpa timun ke dalam telur putih dan kacau dengan baik.

Kegunaan:

  • Setelah campuran siap, sapukan kepada kulit wajah anda,
  • Biarkan selama 15 minit
  • Basuh masker.


 
Masker Lemon

Bahan-Bahan:

1 telur putih

1 sudu teh madu

1 sudu teh susu

1 sudu teh jus lemon

Cara Menyediakan:

  1. Pukul putih telur
  2. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam putih telur dan kacau.
  3. Untuk membuat campuran lebih likat, cuba tampah empingan oat.

Kegunaan:

  • Sapukan masker pada wajah dengan berhati-hati. Biarkan selama 15 minit
  • Bersihkan topeng dengan menggunakan pemampat panas.
  • Bilas muka dengan air, tambahkan beberapa titik infusi chamomile.


 
Masker Oat

Bahan-Bahan:

1 sudu besar oat

1 sudu besar minyak zaitun

1 epal hijau

1 sudu besar madu

2 sudu besar kefir

Jus dari 1 lemon

Cara Menyediakan:

  1. Hancurkan oat dengan menggunakan pengisar
  2. Parut epat
  3. Ambil 3 mangkuk kecil. Gunakan mangkuk pertama untuk campuran oat dan minyak zaitun.
  4. Mangkuk kedua pula untuk campuran pulpa epal dan madu.
  5. Mangkuk ketiga pula digunakan untuk campuran kefir dan jus lemon.

Kegunaan:

  • Sapukan bahan masker ke wajah anda dalam lapisan dengan menggunakan berus solek.
  • Bilas wajah anda kemudian sapukan lapisan pertama (campuran oat dan minyak zaitun). Biarkan campuran kering.
  • Sapukan lapisan kedua (campuran epal hijau dan madu). Biarkan kering selama lima minit.
  • Akhir sekali, sapukan lapisan ketiga (campuran kefir dan lemon jus) Tunggu selama lima minit. Biarkan masker selama 15 minit.
  • Bilas wajah anda sehingga bersih.


 
Masker Kunyit

Bahan-Bahan:

1/4 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu besar avocado

1 sudu kecil yogurt atau kefir.

Cara Menyediakan:

  1. Hancurkan avocado (gunakan pengisar atau dengan menggunakan garfu) sehingga lumat.
  2. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.

Kegunaan:

  • Bilas wajah anda terlebih dahulu. Sapukan masker dalam pergerakan bulat.
  • Biarkan masker selama lima minit.
  • Basuh sehingga bersih.


 
Masker Coklat Dan Oat

Bahan-Bahan:

1/3 cawan serbuk koko

1/4 cawan madu

2 sudu besar krim

3 sudu besar serbuk oat

Cara Menyediakan:

  1. Masukkan oat ke dalam pengisar. Kemudian, masukkan bahan masker ke dalam mangkuk dan kacau dengan menggunakan sudu.

Kegunaan:

  • Sebaik sahaja masker siap, gunakan berus atau jari anda untuk sapukan pada wajah anda secepat yang mungkin.
  • Urut wajah anda perlahan.
  • Biarkan masker selama 15-20 minit.
  • Basuh masker sehingga bersih.

The post 5 Resipi Masker Yang Dapat Membantu Memulihkan Kulit Semalaman appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment