Siapa peminat baju hitam? Sebut sahaja warna hitam, bunyinya macam kurang minat tapi bila ianya melibatkan warna baju atau seluar anda, ia mungkin menjadi pilihan ramai. Ini kerana, ianya ‘terkenal’ dengan ilusi melansingkan tubuh badan seseorang. Selain itu, hitam juga menampakkan sisi gaya kemewahan dan versatil. Namun, ada juga yang agak janggal atau kurang yakin untuk menggayakan pakaian serba hitam. Mari lihat beberapa gaya yang mungkin anda boleh tiru untuk gaya harian anda.
Ke Pejabat
Serlahkan gaya sofistikated diri anda ketika ke pejabat dengan blaus berfabrik kapas dan seluar potongan tirus. Untuk memecahkan monotoni, gayakan dengan kasut bertumit rendah dengan cetakan warna putih dan hitam Beg tangan sebagai pelengkap gaya.
Acara malam
Acara malam selalunya dikaitkan dengan suasana ala-ala romantik, dingin dan seksi. Tidak salah menggayakan helaian ‘dress’ paras bawah lutut dan rantai berlian mengerlip. Untuk gaya ini, kasut bertumit dan tas tangan amat sesuai.
Bersantai membeli-belah
Penuhi hujung minggu anda dengan aktiviti paling digemari seperti membeli-belah! Helaian seperti kaftan singkat yang bersifat berterbangan adalah helaian paling selesa! Jadi mudahlah anda menaiki kereta api!
Ke pusat gimnasium
Tahukan anda, dengan memakai pakaian sukan serba hitam, ia boleh meningkatkan haba dalam badan sekaligus membuatkan anda berpeluh lebih cepat? Menarikkan? Gayakan baju lengan panjang atau baju sejuk bersama seluar ‘tight’. Lengkap sekali!
Acara rasmi
Menghadiri majlis rasmi seperti acara penyampaian hadiah atau menghadiri mesyuarat di luar pejabat memerlukan anda untuk tampil menarik dalam berpakaian. Padanan sut serba hitam yang dahulunya hanya dipakai untuk ke pejabat kini memasuki arus peredaran fesyen yang membolehkan anda menggayakan ia meskipun ke acara-acara rasmi luar pejabat.
The post 5 Gaya Serba Hitam Yang Anda Kena Cuba! appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment