5 Fabrik Paling Popular Untuk Rekaan Dress Perkahwinan

Cinta terpatri dengan sebuah perkahwinan. Tarikh sudah ditetapkan. Bagaiman pula dengan persiapan? Sebut pasal persiapaan, dalam kepala terfikir busana apa yang mahu dipakai nanti? Tapi sebelum itu, fabrik apa yang mahu digunakan? Fabrik juga mempengaruhi kecantikkan sesebuah busana perkahwinan anda. Disini, Jelita membantu ada menyenaraikan beberapa fabrik yang palis laris dalam pembuatan dress perkhawinan.

1.Sutera satin

Image result for satin silk

Terkenal dengan gaya mewah, sutera satin sememangnya membangkitkan aura kewanitaan ditambah lagi dengan bentuk badan yang menawan. Sudah tentu pancaran spotlight tepat mengenai anda. Fabrik ini juga menghasilkan efek kilat secara natural apabila terkena silauan lampu.

2. Sifon

Image result for chiffon

Sifon adalah fabrik no 1 dalam pembuatan sesebuah busana. Sifatnya ringan, lembut dan mempunyai aliran udara yang cukup baik membuatkan ianya sering laku. Kebiasaanya ia juga digunakan untuk membuat tudung kerana ia juga sangat mudah dibentuk.

3. Organza

Image result for organza

Jika sebelum ini, fabrik ini kurang mendapat jolokan dek kerana fabriknya yang keras dan sukar dibentuk. Namun kini, ia sering diketengahkan dalam peragaan fesyen termasuklah busana pengantin. Teknik jahitan yang berkualiti mampu menghasilkan efek menawan pada fabrik ini.

4. Renda

Related image

Selain sifon, renda juga antara fabrik utama dalam pembuatan busana perkahwinan. Pelbagai jenis renda dijual. Ada yang diperincikan bersama manik dan batu-batuan dan ada juga yang sekadar jahitan kerawang sarat pada baju. Kebiasaanya renda sendiri sudah memberi tenaga dalam busana anda.

5. Songket

Image result for songket dress

Dengar nama songket mungkin anda membayangkan sepasang busana tradisional dengan tema melayu asli. Kini, songket masih diangkat menjadi antara fabrik popular dalam pembuatan dress perkahwinan. Pelbagai potongan dan teknik jahitan direvolusikan membentuk busana yang lebih moden dengan menggunakan fabrik ini.

 

The post 5 Fabrik Paling Popular Untuk Rekaan Dress Perkahwinan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment