Anda tentu akan rasa teruja apabila anda mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga. Ini menunjukkan peluang anda sangat cerah namun jangan terlalu cepat berasa gembira. Anda perlu pastikan yang anda tahu tentang keadaan di dalam syarikat itu. Anda perlu tahu apa yang terbaik untuk diri anda supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Pastikan anda sentiasa peka ketika menghadiri temu duga untuk mengenal pasti tanda amaran awal tentang pekerjaan yang bakal anda pilih ini.
Gambar: INGimage
Jelita kongsikan 10 tanda yang perlu anda tahu apabila anda memohon kerja.
Terlalu banyak pekerja baru di dalam syarikat
Terlalu ramai yang datang temuduga pada masa yang sama dengan anda dan hampir semua pekerja di situ kelihatan seperti mereka baru diambil bekerja semalam. Jika ia bukan syarikat yang baru ditubuhkan maka anda perlu menganggap ia sebgai satu petanda yang tidak baik. Pengambilan ramai pekerja baru bermakna keadaan tempat kerja yang teruk.
Pekerja atasan menegur pekerja bawahan di depan anda
Jika bakal penyelia/ bos anda menengking pekerja bawahannya di depan anda, tanya diri anda mengapa dia masih belum memecat mereka. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan penyelia/bos tersebut. Dan tanya juga pada diri anda, adakah anda benar-benar yakin mahu bekerja dengan orang seperti itu?
Skop kerja yang kabur
Jika anda membaca senarai skop kerja anda dan tidak memahami apa yang syarikat mahu daripada anda, ia menandakan bahawa bakal majikan anda itu tidak tahu apa skop kerja yang anda perlu lakukan dan percayalah anda pasti tidak akan suka dengan apa yang mereka bakal lakukan kemudian.
Penemuduga terlampau memuji syarikat
Jika mereka menjanjikan akan memberikan anda segala-galanya tanpa sebarang usaha, sudah tiba masa untuk anda berasa curiga. Majikan yang baik tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak realistik kerana mereka tahu anda mungkin akan kecewa dan akan meninggalkan syarikat dengan serta-merta.
Jawatan kosong tidak diisi sejak beberapa bulan yang lalu
Ini mungkin menandakan bahawa gaji dan faedah adalah tidak mencukupi atau syarikat itu hanya melakukan temuduga untuk memeriksa pasaran dan tidak memerlukan pekerja baru. Adalah lebih baik jika anda tidak membuang masa dengan syarikat tersebut.
Anda diminta untuk membayar jika menyertai latihan
Situasi ini tidak memerlukan apa-apa penjelasan. Sebuah syarikat yang baik tidak akan meminta pekerja untuk membayar sama ada untuk menyertai latihan, untuk menjalani ujian psikologi yang moden atau untuk membeli pakaian seragam.
Pekerja syarikat yang mengatakan perkara tidak baik tentang kerja mereka
Cara terbaik untuk mengetahui sesuatu tentang syarikat adalah dengan berkomunikasi dengan kakitangan syarikat dalam suasana tidak formal. Kisah mereka mungkin berbeza ketika di dalam bilik temuduga. Lebih baik anda lupakan syarikat itu sekiranya kakitangannya bercakap benda yang tidak elok tentang kerja mereka.
Staff yang tidak suka pada pekerj atasan
Pastikan anda perhatikan semua kakitangan syarikat yang anda hadir untuk temuduga. Adakah mereka kelihatan cemas ketika dihadapan penyelia mereka atau mereka ada mengatakan perkara buruk tentang penyelia mereka? Anda sebaiknya berfikir tentang hal itu kerana pengurus yang tidak baik boleh membuatkan anda tidak tahan dengan pekerjaan tersebut- walaupun dengan gaji yang banyak.
Suasana tempat kerja
Apabila anda memasuki bilik temuduga, pastikan anda perhatikan dengan teliti semua yang ada di dalam bilik itu. Anda cuba meletakkan diri anda di tempat mereka. Jika prospek ini kelihatan lebih menakutkan daripada menyenangkan, lebih baik anda menolak sahaja kerja ini.
The post 10 Tanda Yang Perlu Anda Tahu Apabila Memohon Kerja appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment