10 Panduan Rancang Bajet Kahwin

Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada target. Harus diingat, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dibelanjakan. Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang.

Panduan memgadakan majlis yang sempurna tanpa belanja yang besar:

MENGADAKAN MAJLIS DI LUAR MUSIM

Boleh dikatakan lebih 70 peratus majlis perkahwinan berlangsung di antara Oktober dan Disember kerana cuti sekolah yang panjang. Tahukah anda bahawa pada waktu ini harga barangan dan perkhidmatan berkaitan perkahwinan akan melambung tinggi disebabkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Jadi, pilih bulan yang bukan musim cuti. Pasti harga barangan ini akan murah.

HARGA MAKANAN DAN KATERING

Inilah perbelanjaan terbesar bagi sebuah majlis. Pastikan anda mendapat katerer yang disyorkan rakan atau saudara mara untuk mendapatkan perkhidmatan dan makanan yang terbaik setanding harga yang dibayar. Rancang jumlah makanan yang ingin ditempah dengan teliti.

LOKASI SEWA RENDAH

Dewan antara lokasi terbaik untuk mengadakan majlis kerana ia murah dan selalunya lengkap dengan pelbagai fasiliti yang diperlukan. Jika perlu, adakan majlis di rumah sahaja. Tetapi pastikan kos khemah, kerusi, meja dan perhiasan tidak melebihi kadar sewa dewan yang lengkap.

JAHIT SENDIRI SULAMAN MANIK

Menyewa pakaian pengantin boleh menjimatkan belanja. Tetapi jika mahu menempahnya, beli fabrik sendiri dan tempah pakaian asas sahaja. Jahit sendiri sulaman manik atau labuci kerana inilah yang menjadikan pakaian pengantin mahal.

HIAS SUDUT STRATEGIK

Membelanjakan wang untuk menghias segenap sudut rumah tidak berbaloi. Tetamu hanya akan pergi ke sudut pelamin dan khemah sahaja. Jadi, anda hanya perlu hias sudut yang menjadi tumpuan ini sahaja.

PILIH BUNGA TEMPATAN

Bunga dan perhiasan hasil tempatan lebih murah. Bandingkan harga terlebih dahulu di kedai berlainan. Elakkan membeli ros dan orkid, pilihlah bungan yang kembang lama.

PILIH TEMA MAJLIS

Meneteapkan tema untuk majlis boleh menjimatkan wang. Pilih warna tertentu dan gunakan ia di seluruh ruang. Bgitu juga dengan pakaian ahli keluarga. Fabrik yangs ama boleh dibeli dengan harga lebih rendah jika kuntitinya banyak.

MANFAATKAN BAKAT AHLI KELUARGA DAN TEMAN

Usah malu untuk memberitahu mereka anda mahu berjimat. Mereka pasti akan menawarkan kepakaran dan pertolongan bagi merealisasikan majlis idaman anda. Jika anda bertuah, mereka akan menanggung beberapa kos yang bakal dibelanjakan seperti kad kahwin dan cenderamata.

SENARAI TETAMU

Mungkin sukar dilakukan, tetapi anda terpaksa lakukannya. Dengan memendekkan senarai jemputan, ia akan mengurangkan perbelanjaan anda. Pastikan anda menjemput keluarga terdekat dan perlu sahaja.

MENGURUS MASA JIMAT KOS

Pakar perancang perkahwinan menasihatkan anda merancang masa untuk mengelak peningkatan kos. Jika majlis diurus dengan betul, anda boleh banyak perkara sendiri termasuk mengendali jemputan, menghantar kad dan menghias.

 

The post 10 Panduan Rancang Bajet Kahwin appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment