Video Tujuh Hari Terakhir Barack Obama Sebagai Presiden Amerika Syarikat Ini Menyentuh Jiwa

Hari ini secara rasminya Donald Trump bergelar presiden ke-45 Amerika Syarikat menggantikan tempat Barack Obama.

 

Gambar : Conservative Review

 

19 Januari menjadi titik bagi jawatan yang disandang Barack Obama selama lapan tahun berada di kerusi presiden Amerika Syarikat di White House.

 

Demi untuk memperingati kenangan lalu ketika Obama memerintah negara pesat membangun itu, White House bersetuju untuk menghasilkan sebuah episod terakhir West Wing Week untuk memaparkan bagaimana presiden ke-44 itu menghabiskan hari-hari terakhirnya di pejabat.

 

Tidak terkejut yang mana video tersebut mampu menyentuh jiwa, lebih-lebih lagi pabila kerusi presiden Amerika Syarikat kini dipegang oleh Donald Trump yang mana majoriti warga Amerika membenci akan politiknya.

 

Gambar : Sumber Google

 

Menerusi video tersebut, ia memaparkan di mana Presiden Obama dan First Lady Michelle Obama mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah bekerjasama dengan beliau sepanjang lapan tahun itu.

 

Video itu dikatakan seakan sebuah video yang penuh perasaan dan emosi. Tonton video tersebut di bawah.

The post Video Tujuh Hari Terakhir Barack Obama Sebagai Presiden Amerika Syarikat Ini Menyentuh Jiwa appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment