Kehidupan serba moden menjadikan kita sibuk dengan pelbagai aktiviti seharian. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ibu bapa cenderung menjamu selera di restoran makanan segera. Jika suatu masa dahulu amat susah untuk temui restoran makanan segera, kini tidak lagi.
Kanak-kanak tentunya gembira apabila diajak makan burger, ayam goreng, kentang goreng dan susu kocak. Itu antara makanan kegemaran yang biasanya dijadikan pilihan utama. Bagaimanapun, kebanyakan rangkaian restoran di negara ini kini kian prihatin dengan kehendak orang ramai mengenai pemakanan sihat. Restoran sebegini mula menyajikan menu sihat seperti salad, kentang bakar, sup dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, anda penentu dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin.
Tip nikmati hidangan makanan segera yang lebih berkhasiat serta mengandungi nutrien yang diperlukan tubuh:
- Hindarkan daripada mengambil makanan bergoreng. Pilihlah hidangan dibakar atau dipanggang.
- Jika anda memesan makanan digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat menggunakan tisu mudah serap.
- Pesan piza mengandungi cendawan, bawang dan lada hitam berbanding sosej atau daging.
- Sekiranya makan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayones dan lelemak sayuran. Pilih sayur dan buah-buahan segar di dalam salad.
- Usah sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan.
- Minta susu skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air kosong atau mineral bagi menggantikan susu kocak serta minuman berkarbonat seperti kelazimannya.
- Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer atau gula.
- Elakkan daripada makan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemaknya.
The post Tip Nikmati Makanan Segera Tanpa Rasa Bersalah appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment