Selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian yang mula mempopularkan teknik solekan ini. Teknik contouring ini bertujuan untuk memberikan efek tirus pada wajah agar riasan wajah terlihat lebih sempurna.
Berikut ialah tip yang anda harus ketahui sebelum mengaplikasikan teknik solekan contouring ini supaya kesan riasan tidak tampak pelik tatkala anda mengaplikasikannya.
Ratakan Dengan Berus Atau Span
Salah satu kesalahan terbesar ketika melakukan contouring adalah anda tidak meratakannya dengan sekata pada bahagian yang dikehendaki. Gunakan berus atau span yang khusus untuk meratakannya.
Menggunakan Warna Yang Lebih Gelap Daripada Kulit
Tip utama untuk menggunakan teknik contouring adalah menggunakan warna yang sedikit lebih gelap daripada tona kulit anda. Jangan menggunakan rona yang terlalu gelap atau terang kerana kesannya tidak akan kelihatan natural.
Tutup Lingkaran Gelap Bawah Mata
Jika anda mempunyai lingkaran gelap bawah mata , jangan lupa untuk menutupinya. Tutup cela itu dengan menggunakan penyamar noda dan ratakannya dengan perlahan-lahan.
Jangan Gunakan Highlight Terlalu Banyak
Gunakan highlight agar terlihat lebih segar dan berseri. Jangan oleskannya terlalu banyak sehingga menutupi efek contouring tadi. Dan ,ratakannya dengan perlahan-lahan agar ia tidak berbelang.
Terlalu Banyak Menggunakan Pemerah Pipi
Penggunaan pemerah pipi akan memberikan biasan wajah lebih segar dan manis. Jika wajah sudah sarat dan berat dengan teknik contouring, usah oleskan pemerah pipi terlalu banyak. Hanya layangkan dengan lembut pada buah pipi.
The post Tip Mudah Kontur Wajah appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment