Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu kakak kepada Neelofa bakal diijab kabulkan pada 31 Mac nanti.
Gambar : Instagram Sharnaaz Ahmad
Pasangan ini dikatakan bakal mempunyai tiga majlis berasingan dan lokasi yang berbeza. Majlis akad nikah bakal diadakan di kediaman pengantin perempuan di sebelah malam.
Manakala resepsi di sebelah pengantin perempuan bakal diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 2 April dan majlis di sebelah pihak pengantin lelaki pula akan berlangsung di Pulau Pinang pada 16 April.
Gambar : Instagram Sharnaaz Ahmad
Menurut Sharnaaz, majlis akad nikah mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga tetapi akan disertai jurugambar rasmi untuk merakam detik bahagia itu.
Sharnaaz dikatakan bakal memberi lima dulang hantaran kepada Nabila dan berbalas tujuh dari pihak pengantin perempuan. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
The post Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor Bakal Dinikahkan Pada 31 Mac Nanti appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment