Sarapan Itu Penting: Mitos atau Fakta?

Betulkah sarapan itu penting dalam jadual pemakanan setiap hari?

 

shutterstock_535714441

Gambar : Shutterstock

 

Namun masih ramai antara kita yang menganggapnya sebagai mitos semata.  EH! merungkai kebenaran di sebalik kepentingan bersarapan setiap pagi.

 

MITOS – Meninggalkan sarapan pagi sekali-sekala tidak mengapa.

HAKIKATNYA -Sesetengah ibu bapa menganggap bahawa meninggalkan sarapan pagi tidak mengapa dan mengandaikan ia juga boleh diguna pakai untuk anak-anak mereka. Sebenarnya bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga harus bersarapan setiap pagi. Secara tidak langsung, sarapan akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk mengharungi hari yang produktif sama ada anda bekerja, menghadiri kelas atau punya perancangan keluar bersantai.

 

MITOSSarapan pagi buat anda mengantuk.

HAKIKATNYA –Ramai yang percaya bahawa sarapan pagi perlu dielakkan kerana kesan mengantuk selepas pengambilannya. Hakikatnya, ia bergantung kepada jenis makanan yang diambil, misalnya  pengambilan sebungkus nasi lemak boleh membuat tubuh lesu dan hilang tumpuan ketika di pejabat. Penghadaman sarapan pagi yang berat dengan karbohidrat atau gula akan menghantar signal mengantuk terus ke otak.

 

MITOS – Sarapan pagi menggemukkan.

HAKIKATNYA -Sebetulnya sarapan pagi membantu tubuh mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat.

 

 

The post Sarapan Itu Penting: Mitos atau Fakta? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment