Romantik Itu Sunnah Nabi

SEBUT sahaja romantik, anak muda mula tertarik hati. Barangkali mereka cuma tahu romantik sewaktu bercinta. Tidak! Ini kisah romantik antara pasangan suami isteri. Rasulullah S.A.W adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah S.W.T membimbing Baginda dengan didikanNya yang terbaik.

 

Gambar: Sumber Google


 
Isteri sebagai bukti

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun begitu, banyak sunnah ini dilupakan, lalu suami zaman kini meggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois. Siapalah kita berbanding Rasulullah S.A.W yang jauh kedudukanya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
 
Romantik cara Rasulullah S.A.W

  1.  
  2. Mandi bersama. Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “ Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq “ perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.
  3. Hantar isteri keluar rumah. Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “ Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu ( menemani sampai ke pintu ). “
  4. Bawa isteri jalan-jalan. “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  5. Suapkan makanan. Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
  6. Panggilan manja. Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Adakalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.

The post Romantik Itu Sunnah Nabi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment