Resipi Spageti Telur Masin Bersama Potongan Ikan Kicap Madu

Kadang kala muak juga makan nasi setiap hari. Jadi untuk sedikit kelainan kali ini, apa kata anda cuba resipi yang menggunakan spageti sebagai ruji utama dalam masakan.

 

salted-egg-spaghetti

 

Masa penyediaan: 25 minit

Masa memasak: 20 minit

Sajian untuk 2 hingga 4 orang

 

BAHAN-BAHAN

4 keping isi ikan jenahak

300g Alce Nero Organic Spaghetti (dimasak)

4 biji telur kuning masin (didih selama 4 minit dan lenyek hancur)

2 cawan susu sejat

1 cawan pati sayur sayuran

½ cawan bawang kuning dihiris nipis

3 helai daun limau purut (koyakkan)

3 sudu makan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

3 sudu makan sos kicap

2 sudu makan Alce Nero Organic Wildflower Honey

1 sudu teh lada merah

1/4  sudu teh lada putih

2 sudu teh Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

Garam dan lada hitam

 

BAHAN UNTUK SOS

1 cawan  Alce Nero Organic Balsamic Vinegar

1 sudu makan Alce Nero Organic Acacia Honey

 

CARA-CARA

 

  1. Campurkan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan Alce Nero Organic Acacia Honey dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Rebus selama 10 hingga 15 minit sehingga pekat. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

 

  1. Perap isi ikan jenahak dengan sos kicap, Alce Nero Wildflower Honey, lada merah, lada putih, garam dan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil selama 30 minit.

 

  1. Letak isi ikan dalam kertas minyak dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200˚C selama 20 minit.

 

  1. Letak sedikit Alce Nero Organic Acacia Honey di atas isi ikan selepas masak.

 

  1. Panaskan kuali dengan 3 sudu makan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dan tumiskan bawang. Kemudian masukkan telur kuning masin, masak sehingga berbuih dan letak daun limau purut kemudian tumis sehingga naik bau.

 

  1. Tuangkan susu sejat dan pati sayur sayuran. Biarkan ia mendidih. Selepas sos menjadi pekat, tambahkan Alce Nero Organic Spageti dan gaul rata. Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.

 

  1. Hidang spageti bersama isi ikan dan jangan lupa lengkapkan hidangan dengan sos balsamic tadi.

 

Resipi dipetik daripada Alce Nero yang menawarkan produk-produk organik sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan lazat dan sihat. Spageti Alce Neco mempunyai indeks glycemic rendah dan kandungan protein tinggi jadi sajian ini sesuai sekali untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes.

The post Resipi Spageti Telur Masin Bersama Potongan Ikan Kicap Madu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment