Gambar: INGimage
Bahan-bahan:
Latte (buatan sendiri atau beli di kedai)
2 sudu sirap madu epal
Sirap Madu Epal:
2 hiris buah epal
1 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan air
Hiasan:
Kulit kayu manis
Krim putar
Madu
Cara Membuatnya:
- Untuk membuat sirap: Campurkan semua bahan dalam periuk. Hidupkan api yang tinggi dan reneh selama 5 minit sehingga campuran pekat. Alihkan kuali dan biarkan sirap sejuk.
- Untuk membuat latte: Letakkan 2 sudu besar sirap epal madu di bahagian bawah cawan anda. Tuangkan espresso di atas sirap dan di akhiri dengan susu panas. Sekiranya anda mempunyai mesin espresso di rumah, anda hanya perlu tuangkan minuman terus di atas sirap.
- Hiaskan dengan krim segar, madu dan batang kayu manis.
The post Resipi Latte Madu Dengan Kayu Manis Dan Epal appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment