Gambar: TPGimage
Tahun 2017 menandakan sudah hampir dua dekad Puteri Diana meninggal dunia. Tidak ada satu hari pun yang berlalu di mana Putera William dan Putera Harry tidak terfikirkan tentang mendiang ibu mereka.
Sejak peristiwa 31 Ogos 1997 itu, Putera William dan Putera Harry yang pada ketika itu berusia 15 dan 12 tahun telah membesar menjadi putera yang disanjung ramai dan kini Putera William sudah mempunyai dua cahaya mata. Jarang sekali dua putera ini berbicara tentang ibu mereka.
Namun pada ulang tahun kematian ke-10 Puteri Diana, Putera Harry yang ketika itu berusia 22 tahun akhirnya bersuara tentang kematian ibu mereka.
“William and I can separate life into two parts. There were those years when we were blessed with the physical presence beside us of both our mother and father. And then there are 10 years since our mother’s death. When she alive we completely took for granted her unrivaled love of life, laughter, fun and folly.” Putera Harry.
Dedikasi Putera William memang indah namun selepas itu kedua-dua putera itu menutup kembali kesedihan mereka dan enggan menyebut nama ibu mereka pada umum lagi. Terdapat spekulasi yang mengatakan ia dilakukan kerana takut akan menyakitkan hati ayah dan nenek mereka. Ia bukan lagi satu rahsia bahawa hubungan Puteri Diana dan Permaisuri Elizabeth II tidak begitu baik.
Namun kini semuanya sudah berubah, dua beradik itu kini sudah lebih terbuka untuk meluahkan perasaan mereka tentang ibu mereka pada umum. Pada minggu lalu, William dan Kate yang melawat pusat perkabungan kanak-kanak telah meluahkan bahawa dia sangat marah selepas kematian ibunya. Apabila memujuk kanak-kanak di pusat itu, William turut mendedahkan bahawa dia dapati ia sangat sukar untuk menerima kehilangan ibunya dan dia turut menggalakkan budak kecil itu untuk meluahkan kesakitannya kerana ia akan membantu anak kecil itu untuk sembuh.
Pada bulan lalu, Harry turut mengakui dia juga telah memendamkan perasaannya. Dalam sebuah dokumentari Putera Harry di Afrika, dia berkata,
“I’d never dealt with what actually happened, so there was a lot of buried emotion and, for a huge part of my life, I just didn’t even want to think about it. I now view life differently from what it used to be. I used to bury my head the sand, and let everything around you tear you to pieces. I was fighting the system, going, ‘I don’t want to be this person.’ My mother died when I was very, very young and I don’t want to be in the position. Now I’m so energized, fired up, to be lucky enough to be in a position to make a difference,” Putera Harry.
Kini kedua beradik itu dengan penuh keyakinan ingin mengingatkan orang ramai tentang kesan ibu mereka di dunia. Sehingga kini pengaruh Puteri Diana masih lagi kuat dan setiap kerja amal yang dilakukan putera-putera itu akan dilakukan di atas nama ibu mereka.
William juga mengingati ibu mereka dengan caranya tersendiri. Buktinya dia cuba mendidik dua anaknya, Putera George dan Puteri Charlotte (nama tengahnya ialah Diana) dengan cara yang sama seperti Puteri Diana mengajar dia dan adiknya satu ketika dahulu. Kedua-dua putera ini telah berjanji akan menunaikan semua impian ibu mereka dan akan terus mempertahankan legasi ibu mereka.
“She kissed us last thing at night. Her beaming smile greeted us from school. She laughed hysterically and uncontrollably when sharing something silly she might have said or done that day. She encouraged us when we were nervous or unsure. Put simply, she made us, and so many other people, happy. May this be the way that she is remembered,” Putera Harry.
Pada 31 Ogos tahun ini, genaplah 20 tahun ulang tahun kematian Puteri Diana, puteri yang menjadi idola wanita hingga ke hari ini.
The post Putera William Dan Putera Harry Bersuara Selepas Dua Dekad appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment