Gambar: Instagram Nora Danish
Pelakon terkenal tanahair, Nora Danish, enggan untuk berlebih-lebihan dalam merancang majlis perkahwinan bersama buah hatinya, Nedim Nazri.
Menurut Nora, dia hanya ingin melakukan acar wajib iaitu akad nikah dan dia turut berharap agar perkahwinan itu dapat dilangsungkan pada tahun ini juga.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin. Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” Nora Danish- BH Online.
Sebelum ini Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada tahun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian. Nora mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayqal bersama bekas suaminya.
Tambah Nora lagi, tahun ini dia ingin mengukuhkan lagi cabang perniagaan dan dunia lakonannya.
Filem lakonan Nora bersama produksi Indonesia, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, akan ditayangkan pada bulan depan dan terkini Nora turut berkongsi pembabitannya dengan penggambaran filem Cinta Bukan Malaikat bergandingan dengan Ashraf Muslim. Nora akan terbang ke Makkah dan Madinah serta Bandung, bulan ini, untuk menjayakan penggambaran filem terbabit.
The post Nora Danish Tidak Mahu Wang Hantaran Atau Majlis Bertunang appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment