Setelah mendapat kepercayaan memberangsangkan melalui keluaran pertama, Jovian Ready-To‐Wear meneruskan kerjasamanya bersama Lisa Surihani dengan koleksi terbarunya iaitu“Lisa Surihani for Jovian 2.0″. Koleksi ini menggambarkan minatnya yang mendalam terhadap fesyen yang sering ditampilkan sewaktu kemunculannya di karpet merah. Merupakan seorang ikon berbakat besar Lisa Surihani tidak lokek untuk menceritakan sudut pandangannnya tentang fesyen dan muda menerima padangan dari pelbagai sudut.
Dengan menerapkan cetusan gayanya dalam koleksi ini, perhiasan dan potongan baju yang dipilih semestinya memberikan stail yang digemari ramai dengan menawarkan pilihan yang pelbagai daripada corak optikal kepada corak yang terang dan jelas.
Dengan sokongan yang diraih daripada koleksi edisi pertama, pakaian yang mendapat permintaan ramai ini dikembalikan melalui 50 rekaan berbeza. Ini termasuklah baju kurung moden, baju ‘peplum’, ‘split curved’, ‘soft ruffle’ dan potongan simetri. Tona warna yang didapati dalam koleksi ini adalah biru, kuning, ungu dan juga oren untuk memberi kesegaran dan kesesuaian untuk semua peringkat umur. Jenis kain “crepe” digunakan sebagai kain utama untuk koleksi ini.
Sebagai tambahan, koleksi ini mempunyai 10 rekaan hijab dan minyak wangi yang akan dijual di JStore dan di laman web Jovian pada Februari 2017. Tidak ketinggalan, edisi khas ini turut menampilkan pakaian kanak-kanak yang mengandungi 20 rekaan. Koleksi ini mendapat inspirasi daripada anak perempuan Lisa Surihani iaitu Yahaira Leanne.
The post Jovian lancar koleksi “Lisa Surihani for Jovian 2.0” appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment