Janet Jackson Lahirkan Anak Sulung Pada Usia 50 Tahun

t63206145_max

Gambar: TPGimage


 
Bintang pop terkenal, Janet Jackson selamat melahirkan anak pertamanya, seorang bayi lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana pada usia 50 tahun semalam.
 
Menurut wakilnya, Janet tidak mengalami sebarang masalah ketika bersalin dan kini Janet sedang berehat.
 
Janet berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar, Al Mana pada tahun 2012 dan Janet turut menangguhkan konsert jelajah dunia ‘Unbreakable’ pada April lalu bagi memulakan keluarga.
 
Sebelum ini, Janet turut meluahkan rasa syukurnya di akaun Twitter miliknya.
 
jj
 
Pada Oktober lalu, Janet telah mendedahkan kehamilannya menerusi gambar eksklusif yang dikongsi bersama majalah People itu.
 
Setakat ini, Janet masih belum memberikan sebarang butiran mengenai kehamilan atau di mana bayi itu dilahirkan.
 
Janet sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan penyanyi James DeBarge pada pertengahan 1980-an dan penari, penulis lirik dan pengarah muzik video, Rene Elizondo Jr dari 1991 sehingga 2000.

The post Janet Jackson Lahirkan Anak Sulung Pada Usia 50 Tahun appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment