Gambar: Instagram Izara Aishah
Pelakon jelita, Izara Aishah masih belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinannya dengan Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi tersohor tanahair, Datuk Siti Nurhaliza yang dikhabarkan akan berlangsung tahun ini.
Menurut Izara, masih belum ada sebarang perbincangan rasmi membabitkan kedua-dua belah keluarga buat masa ini.
“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini. Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami,” Izara Aishah- Harian Metro.
Mengulas lebih lanjut mengenai berita palsu yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini, Izara akui dia tidak terkejut dengan berita palsu tersebut dan ia bukanlah benda baru untuknya kerana di awal perkenalan dia dengan Adib, orang luar sudah mengharapkan kedua-duanya mendirikan rumah tangga. Sepanjang empat tahun dia menjalinkan hubungan dengan Adib, mereka sering diajukan dengan soalan kahwin.
Izara juga turut mengakui dia sedikit ‘rimas’ tetapi sebagai seorang selebriti, dia perlu menjelaskan perkara sebenar kepada peminatnya.
The post Izara Aishah Bakal Berkahwin Tahun Ini? appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment