Mempunyai pilihan item fesyen yang banyak mungkin membuntukan diri anda untuk memilih dan ia boleh membuang masa lebih lama apatah lagi mempunyai kepakaran untuk mengklasifikasikan item tersebut mengikut kesesuain acara. Berfesyen tampak mudah, ia juga bersifat bebas. Namun beberapa peraturan dan info utama yang perlu anda tahu agar anda tidak menjadi ‘bahan’ ejekan rakan dek pakaian yang tidak sesuai.
Acara siang/ kasual
Kebiasaanya acara siang mempengaruhi cuaca di sekitar kita. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bersiar di pusat beli belah atau temu janji makan tengahari bersama teman, penampilan anda haruslah lebih santai dan selesa.
Acara petang / Evening wear
Tidak kira lah anda perlu menghadiri majlis koktail atau makan malam bersama si dia, penampilan untuk acara ini lebih bersifat feminin dan romantik. Anda mungkin memerlukan daya usaha lebih tinggu untuk berhias namun jangan lah sampai tampak sarat atau memberi ketidakselesaan pada diri sendiri.
Acara malam
Sama seperti acara petang, penampilan anda di malam hari mungkin lebih menyerlah. Cuba gayakan warna-warna berani dan riaskan wajah anda dengan solekan sedikit tebal dan aksesori perincian mutiara atau manik. Elakkan menggunakan kasut atau selipar. Sekiranya anda kurang gemar memakai kasut bertumit tinggi, kasut bertumit lebar yang lebih stabil mungkin sesuai untuk anda.
The post Item fesyen mengikut kesesuaian acara appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment