Idea Kreatif untuk Seniman Kecil di Rumah

Seakan-akan perkara biasa tatkala terpandang dinding penuh dengan contengan. Tentunya penghuni rumah itu mempunyai anak kecil yang sedang menjalani proses tumbesarannya, iaitu meneroka kehidupan sebaik mungkin.

Sememangnya melukis suatu aktiviti yang menyeronokkkan. Apa kata anda cuba kembangkan minat dan bakat anak dengan menconteng dan melukis bersama-sama mereka? Imbas kembali detik indah anda sewaktu kecil dahulu yang penuh dengan kejutan serta gelak tawa bermain dengan pewarna dan cat. Jadi, duduklah dengan anak anda dan berseronoklah.

02h80687

Idea untuk seniman kecil di rumah:

  1. Mencetak buah-buahan dan sayur-sayuran. Potong pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Tuangkan sejumlah cat di atas piring. Epal, oren dan kentang boleh juga digunakan. Ukir motif mudah seperti bintang pada buah, tetapi bagi si kecil dua tahun, mereka mungkin lebih suka bermain dengan cara merendam sayur-sayuran terus di dalam cat.
  2. Melukis di atas kertas basah. Caranya, basahkan kertas sebelum lukisan cat mampu menghasilkan ilusi lukisan seakan bergerak dan terapung. Bagaimanapun, lukisan perlu diletakkan pada permukaan yang rata.
  3. Lukis di atas permukaan yang berbeza. Cuba melukis pada sampel kertas dinding bertekstur atau kain. Tambahkan bahan berkelip (glitter) pada cat kuning untuk membuat ketulan emas.
  4. Cat kotak. Jika anda mempunyai kotak kadbod yang besar, letakkannya di luar dan biarkan anak anda menyalutinya dengan cat. Bagus jika dilakukan ketika cuaca cerah. Anda juga boleh galakkan mereka mengajak rakan sebaya untuk mengambil bahagian. Lebih meriah bukan?
  5. Lukisan dengan guli. Jatuhkan guli ke dalam sepiring cat. Menggunakan sudu, angkat dan masukkan ke dalam sebuah dulang yang dilapisi selembar kertas. Minta si kecil golek-golekkannya di sekeliling dulang. Ulangi proses ini sehingga kertas dipenuhi warna-warna menarik.
  6. Lukisan dengan kereta mainan. Celupkan roda kereta ke dalam cat dan golekkan di sekeliling kertas untuk membuat trek. Gunakan warna yang berbeza.
  7. Sebagai pengganti kepada berus, cuba melukis dengan menggunakan objek lain. Penggunaan putik kapas membolehkan si kecil berpeluang membuat lukisan kecil dan lebih terperinci. Kayu atau bulu boleh menjadi alternatif semulajadi yang baik dan span membantu menutup ruangan besar dengan cepat. Cuba pelbagai peralatan pada satu lukisan untuk membuat tekstur dan bunga. Anak pastinya bertambah girang dan ceria melihat hasil kerja mereka sendiri.

The post Idea Kreatif untuk Seniman Kecil di Rumah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment