Kumpulan J&S yang mengasaskan butik yang mengkhususkan penjualan aksesori yang dikenali sebagai Love Lola melancarkan butik sulungnya di Terminal SkyPark , Selangor. Butik runcit itu membawa beberapa jenama barangan kemas antarabangsa termasuklah Thomas Sabo, Misaki, Pica Lela and Toscow.
Lokasi Terminal SkyPark dipilih membolehkan para pelancong yang bercuti di Kuala Lumpur boleh membawa buah tangan atau cenderahati untuk keluarga tersayang. Setiap koleksi dari beberapa jenama hebat itu mempunyai tema dan tahap kualiti yang tidak boleh disangkal.
Untuk item dari Thomas Sabo, koleksinya cukup elegan dan berinovatif yang terdiri daripada jam tangan, cincin, subang, gelang dan banyak lagi, Misaki pula mementingkan ciri-ciri moden dan kontemporari dalam setiap koleksinya. Pica Lela mengabadikan koleksinya melalui inspirasi bunga-bungaan dari Australia dan Toscow mementingkan batu-batuan berwarna warni dan berkualti khusus untuk pembuatan barangan kemas.
Love lola mendedikasikan setiap koleksi yang dijualnya khusus untuk wanita berjiwa fesyen yang berani dan yakin dengan kemahuan sendiri dalam apa juga perkara yang dilakukan. Butik perhiasan wanita ini menaruhkan pelbagai jenis barangan kemas yang boleh dipakai seharian dan juga acara malam. Simbol bintang yang terletak pada logo Lova lola turut menggambarkan kerlipan bintang yang menyinari setiap pemakai apabila memakai set rantai atau pun subang yang mengasyikkan.
Kesemua aksesori boleh didapati dengan harga serendah RM200 termasuklah rantai, cincin, subang dan jam.
The post Himpunan Aksesori Dalam 1 Butik appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment