Fungsi Highlighter Pada Riasan Wajah

 

Akhir-akhir ini kita sering mendengar istilah highlightercontouring, dan shading.  Jelita  akan mengupas tentang highlighter. Tahukah anda apakah fungsi sebenar dan bagaimana ia bertindak pada kulit wajah di dalam riasan wajah?

Highlighter adalah item  mekap yang dapat menonjolkan ciri-ciri pada wajah anda. Kesan solekan akan tampak lebih berseri, bersinar dan segar dengan olesannya. Bagi yang baru ingin mengenali apakah highlighter, ini adalah fungsinya:

 

Memberi Dimensi pada Wajah

Penggunaan bedak asas dan bedak memang tidak boleh disangkal lagi. Ianya adalah item solekan yang paling utama, iaitu alas kepada wajah sebelum disapukan dengan rona yang lain. Kehadiran highlighter akan menyempurnakan lagi riasan solekan. Sapukan di bahagian utama yang memerlukannya iaitu dahi, tulang pipi, tulang hidung, dagu dan lingkaran bawah mata.

Menghilangkan Mata Panda

Selain itu, dengan aplikasi highlighter ini juga, anda boleh menutupi lingkaran gelap bawah mata itu. Efeknya, mata anda akan kelihatan lebih segar dan tidak letih.

Tip:

Elakkan memilih rona highlighter yang terlalu gelap atau cerah daripada tona kulit anda. Pilih rona yang satu tingkat lebih cerah daripada tona kulit anda agar ia terlihat lebih natural dan sekata.

The post Fungsi Highlighter Pada Riasan Wajah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment