Drake Hadiahkan Jennifer Lopez Rantai Berlian Bernilai US$100,000

Baru-baru ini, Drake dilihat melaburkan wang yang banyak hanya untuk Jennifer Lopez. Cinta mereka seakan bukan satu perhubungan yang murah.

 

capture-20170112-121120

 

Walaupun ada dakwaan yang mana cinta Drake dan Jennifer Lopez tidak mempunyai kos apa-apa, ia seolah-olah berlian yang terpampang di leher JLo punya jawapan yang sebaliknya, seperti mana yang disahkan oleh Drake.

Berikutan laporan dari media antarabangsa, Drake dikatakan telah mengeluarkan banyak wang untuk cinta barunya selepas Rihanna ketika menghadiri sebuah acara prom pada Disember lalu yang bertemakan musim sejuk.

actress_elle_fanning_wears_a_tiffany_victoria_diamond_cluster_necklace_._1_0

Rantai berlian Tiffany & Co yang digayakan Elle Fanning. Gambar : Sumber Google

Rapper terkenal ini dikhabarkan menghadiahkan JLo seutas rantai platinum berlian bernilai US$100,000 dari Tiffany & Co.Victoria. Laporan itu ditulis menerusi Us Weekly.

Khabar angin kuat yang mengaitkan pasangan ini bercinta mula tersebar sejak sebulan lalu pabila JLo mula muncul secara tiba-tiba di beberapa konsert Drake.

capture-20170112-121220

Gambar : Instagram Jennifer Lopez

Hanya beberapa minggu lalu, Drake dan JLo mengesahkan hubungan istimewa mereka menerusi sekeping gambar mereka yang berpelukan antara satu sama lain di laman Instagram masing-masing.

The post Drake Hadiahkan Jennifer Lopez Rantai Berlian Bernilai US$100,000 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment