Gambar: Sumber Google
Saat yang mendebarkan apabila seorang anak kecil berusia dua tahun menyelamatkan saudara kembarnya selepas saudaranya itu terperangkap di bawah almari yang berat. Video itu dirakamkan oleh webcam yang terletak di dalam bilik tidur kanak-kanak terbabit.
Di dalam video berdurasi selama dua minit lapan saat itu telah menunjukkan bagaimana Bowdy mengangkat perabot yang memerangkap abang kembarnya. Brock.
Permulaan rakaman menunjukkan si kembar sedang memanjat almari tersebut sebelum perabot itu jatuh menghempap Brock.
Apabile Brock terperangkap di bawah perabot tersebut, Bowdy cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan kembarnya. Selepas gagal untuk menolak almari itu dari belakang, Bowdy cuba dari sudut lain- di bahagian di mana kembarnya terperangkap. Dan dengan kekuatan luar biasa, anak kecil berusia dua tahun itu berjaya mengangkat perabot yang berat itu cukup tinggi untuk kembarnya keluar.
Ibu bapa si kembar, Ricky dan Kayli Shoff . menyiarkan video tersebut di laman sosial media sebagai amaran keselamatan buat semua ibu bapa.
“I’ve been a little hesitant to post this. But I feel it’s not only to bring awareness, but it is also incredible. We are so grateful for the bond that these twin brothers share. Please make sure all your dressers are bolted and secured to the wall,” Ricky Shoff- Facebook.
Video ini menjadi viral dengan pelbagai pendapat yang ada di antaranya yang bersetuju dengan tindakan ibu bapa kembar untuk kongsikan video tersebut manakala ada juga yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak menjaga anak-anak mereka.
Berikutan dengan kejadian ini, Jelita kongsikan beberapa tips mudah untuk melindungi anak anda di rumah.
- Pasang pagar keselamatan di tangga dan balkoni rumah dan sentiasa awasi anak anda ketika di tangga dan di balkoni, walaupun anda mempunyai sistem keselamatan.
- Kunci tingkap-terutama sekali bagi anda yang duduk di pangsapuri atau kondominium- atau lengkapkan tingkap anda dengan gerigil supaya naka anda tidak akan jatuh ke bawah.
- Gunakan lampu berkuasa rendah agar anda boleh menjaga bayi anda pada waktu malam dengan lebih selamat.
- Pasangkan lampu di dapur atau gunakan lampu sensor untuk memudahkan kanak-kanak yang lebih tua untuk ke tandas tanpa tersandung.
- Pstikan anda sentiasa memerhatikan anak anda ketika di dalam tub mandi atau di sekitar kawasan air.
- Pastikan katil bayi jauh dari sebarang objek dan pastikan juga bayi anda tiduk di katil bayi sendirian.
- Pastikan anda simpan semua ubat-ubatan jauh dari anak-anak anda. Simpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda.
- Pastikan semua almari dan dan rak anda dilekatkan pada dinding rumah agar ia tidak jatuh secara tiba-tiba.
The post Budak 2 Tahun Selamatkan Kembarnya appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment